Wednesday, August 3, 2011

wordless wednesday - doktor kejam buat mlut saya tak comel




Assalammualaikum..

Hari ni aku start puasa dah^^ . napa tak puasa sebelum ni? Well. Big boss bagi cuti kan. Tapi, hari ni aku tak jadi puasa gak. Hurmm..

Sebabnya. Hari ni aku pergi dating dengan abg.Dentist. Gigi aku ni dah seminggu sakit. Hampir setiap malam tak dapat tidur sakit gigi. Sampai dalam mimpi pun terasa sakit gigi. Setelah bertahun-tahun diriku mengumpul semangat untuk berjumpa encik.tooth fairy@dentist, akhirnya aku mengagahkan diri melangkah masuk dalam klinik gigi Sandakan.

Setelah siap pendaftaran, aku dengan hati yang agak tdak keruan membalas komen2 kawan2 d FB melalui snaptu. ( habis kredit terus) .haha.


sempat post update lagi^^


“3015 bilik 6”

Aku blurr sebentar…

“3015 bilik 6”

Owh dah sampai turn aku. Dengan langkah yang agak sopan saya masuk kedalam bilik 6. Dan terpandang encik.toothfairy dan pembantunya ( jururawat pergigian ).


toothfairy selalunya wanitakan.tapi aku jumpa TF yg berjantina lelaki pula^^


“adik baring di sana “ arah c pembantu toothfairy tuh.

“emmm”

Dengan jiwa yang agak kacau , aku menurut perintah. Baringlah diriku di kerusi ajaib yang boleh buat anda berdebar-debar tanpa henti. Dalam hati berkumat-kamit memohon hati ditenangkan.

“kenapa ni dik?” Tanya c toothfairy.

“cabut gigi..” jawab ku pendek.

“Oo” sambil c toothfairy tuh mengambil magic wand nya ( jarum bius yang paling besar)

Belum sempat beliau mengaplikasikan magic nya keatasku….

“takut!!” sambil aku menutup mata. ( aku sebenarnya sangatt takut pada jarum T.T)

Tiba2 encik toothfairy menhempaskan magic wand nya. ( mengamuk ke?)

“ ni tak malu ke , pakai uniform jururawat pelatih tapi takut jarum!!?” bentak c toothfairy sambil keluar dari bilik 6 itu.

Aku agak tercabar dengan kata2 encik. TF (toothfairy) itu.

“OKAY!! KUATKAN SEMANGAT WAHAI APPLE!!!”

Setelah beberapa minit berlalu. En.TF pun datang.

“jadi, nak cabut gigi juga” lembut beliau bertanya.

“emmm..” anggukku kecil

(proses memasukkan bius pun bermula. Sakitnya hanya Allah yang tahu)

Bius @ analgesic kena bagi 2x.

“ okay tunggu dekat luar kay? Bayar rm2 dekat kaunter”

“okay”

Dengan tangan yang masih terketar-ketar aku mengagahkan diri ke kaunter dan menyerahkan kad gigi pada abg kaunter.

“takde bawa surat dari kolej?”

Aku hanya menggeleng. ( bibir rasa semacam seolah2 bibir menjadi seksi macam ANITA SARAWAK ) haha..

“okay bayar rm2”

Aku mengeluarkan rm1+rm1 dari dalam dompet. Abg tuh perasan kut tangan aku bergegar-gegar masa aku nak bagi duit tuh.

“okay thank you^^” gembira pulak abg kaunter ni.

Aku duduk menunggu sambil membalas komen d FB.

“3015 bilik 6”

Okay! Masa untk cabut gigi ni.

******************************

Encik TF pun memulakan projeknya iaitu mencabut gigiku yang amat degil ini. Setelah pelbagai cara encik TF tuh lakukan, namun gigi ku masih degil berkeras tidak mahu meninggalkan gusi ku.

Datang c pembantu encik TF lalu memegang kepala ku.

Terdengar bunyi pecah dari dalam mulutku.

Ku tahu gigi ku dan senjata encik TF sedang berperang memisahkan pihak gigi dan gusi.

Setelah hampir 10minit bertarung bercerailah gigi dan gusi.


gigi aku kurang 1.


Aku pun tak tahu nak describe perasaan ni macammana. Nak sedih atau gembira. Aku tahu selepas ini aku akan mengalami pendarahan yang kronik.

Dan seperti yang aku jangkakan sampai ke saat ini (1030pm) gusi aku masih mengeluarkan darah.

“okay, kami dah keluarkan gigi anda. “ sambil menunjukkan gigi tuh kepadaku.

“kalau lepas ni gigi yang lain bergoyang atau sakit , datang sini lagi kay? Kami periksa” sambung encik TF tuh.

“sweet juga dia ni “ aku berfikiran nakal sebentar. Haha :P

“lepas ni… jangan makan makanan pedas dan panas. Minum air sejuk, bla….bla…bla…” aku tak dengar apa yg kakak jururawat pergigia tuh cakap.

Lepas mengambil buku yang perlu ditandatangan oleh doctor. Aku pun berlalu pergi dari klinik tuh . seram. Hahaa

******************************

Jam menunjukkan 930 pagi. Masih terlalu awal untuk aku kembali ke kolej. Sambil duduk2 dekat sebelah makcik cina . aku membelek2 buku yang ditandatangan oleh c doctor Firdaus. Eh aku panggil dia doctor. Bukan encik TF? ahaha

“ CHRONIK PULPITIS 16, extraction done”


dengan pantas aku mengepos pasal diagnose yang lucu dekat FB.


Lucu pula diagnose dia ni.


************************************

Sampai kelas aku menjadi orang paling lemah. Sebab sakit sangat lepas kena cabut (kesan bius dah hilang) sempat juga aku menitiskan air mata depan kawan2 dan roommate ku .

dengan wajah 10sen, aku meminta PCM (paracetamol@panadol) sebagai ubat tahan sakit. Alhamdulillah. Kurang juga sakitku. Terima kasihi roommate!!!

******************************

LOL.. jauh gila bah melalut. Haha. Alamak!! Mau tidur la dulu. Aku sedih ni sebab tak rasa nikmat makan.

Makan jak rasa sakit. HUHU.. padahal aku dah beli satay harga rm3. Terpaksa la makan dengan sopan. Perut ni dah la 2hari tak makan. T.T

Selera nak makan pun hilang akibat kesakitan yang teramat sangat dalam mulut ni.

****************************

Semoga esok pagi sakit dan pendarahan ini akan berhenti. Saya akan puasa esok!!

Selamat malam…


No comments: