Thursday, March 20, 2014

#doubted

Jika ada sedikit keraguan dalam hidup
Jika harus membuat pilihan
Jika ada perkara yang merubah hidup

Berhentilah sejenak
Fikir
Fikir
Fikir
Recall from the past
Intai masa depan
Mungkinkah ada yang kita terlupa
Mungkinkah ada tersalah tafsir

Mereka bertanya dan terus bertanya
They would never be satisfied
Answer by answer i gave
And now i almost give up

Sometimes their question make me down
Sometimes make me want to surrender
Sometimes make my heart weak
But most of the question make me stronger
That what we called 
Onak dan ranjau kehidupan

Sometimes i think i wanna leave
Sometimes i think i don't mean to be here
And that sometimes very hurt

I wanna leave this world peacefully
I wanna leave this place
I wanna stay where nobody would questioning me
I wanna some peace

Tapi mereka tak faham
Aku sendiri tak faham
What should i do?
What am i thinking?
Where should i go?

To the left? 
Where's nothing right
To the right?
Where's nothing left?

Right or left 
It's all up to me to decide
One wrong decision can make us suffer
Can make one self loses her smile
Can force herself into the deep of sorrow

I am now?
Who am i?
What are the purpose me still living here
Im not saying im not happy
Im not saying im happy
I just dont know what anymore

Then, 
I realized..
This were just a mere test
I've been far away for too long
It's time for me to go back

Kembali ke mana?
Kembali kepada fitrah
Doalah. 

Ya Allah, 
Engkau tak akan memberi ujian selain kemampuan ku
Engkau tak akan mengambil jika tiada pengganti
Engkau yg maha mengetahui

Jika ini yg terbaik untuk aku, org sekelilingku, dan agamaku. 
Aku redha
Jika ini bukan yg terbaik maka jauhkanlah

Aku mohon kepadamu.
Tabahkanlah hati ini. 
Amin ya Rabb alamin. 

Wednesday, March 19, 2014

Forever alone

Lol. Rasa forever alone pla semenjak 2menjak neh. D klinik pn kurang komunikasi. Masuk kerja. Terus kerja. Komunikasi hanya berkaitan hal kerja. Ee. Kalau duduk bergosip sebentar. Rasa buang masa. Terlalu banyak la bebanan kerja. Harap2 lepas hujung bulan neh. Semua akan menjadi normal. Eh atau inilah hidup aku yg normal. Im only talk about something to my bestie ( moudalie ) , group2 dalam wassap n my kuzzy. Opss and dia*. Erghh. Working. Working. Mcm tak tenang ja hidup kalau kerja masih tak siap. Banyak benda kena ingat, banyak benda kena follow up. Erk. Harap bulan april neh hilang semua tekanan sebab kerja. Ngekk. Eh. Tidur pn tak lena. Watching some movie? Jarang dah. Sebab tgk mv pn rasa x keruan sebab ingatkan kerja. Eh apakaaa... Malas nya. Bosan nya hidup macam neh. I need some entertmnt... Huhu

Tuesday, March 18, 2014

kerepek #2


haloo. hari yang agak sebal. umm apa sebal tuh? aku sebenarnya tak tau apa maksud sebenar sebal tuh. tapi perkataan neh menggambarkan perasaan yang agak malas, xda mood, rasa nak tidur. neh la sebal. ( mungkinlah ). hehe.
dah lone ranger  dalam bilik computer neh. aku amik kesempatan untuk update belog neh yang dah lama berkarat. malas nya. kerja berlambak belum siap. due hari neh, makin banyak kerja makin malas. neh la hipotesis yang boleh aku gambarkan perasaan neh sekrang. duduk-duduk sambil layan wassap.
*pause ( balas wasap org )
* sambung

depa tanya apa benda yang aku email baru tadi.

aku cuma email nak minta beban kerja perkhidmatan sekolah tahun lalu punya. kerja neh la yg kena hantar secepat mungkin. tapi aku masih duduk berdiam sambil jari tengah berjuang menaip entry neh. erhgkk.

arghh, malasnya!

awal pagi rosak mood disebabkan beberapa orang pemandau kereta dijalan raya yang kurang berhemah. bukan nak kata aku neh berhemah sangat bawak kereta. aku hampir kut berlanggar dengan kereta produa alza kaler pepel. sot betul. awal pagi dah memaki. eee. geram. tapi mungkin newb kut. kereta baru n drivernya perempuan. ah tak jadi marah. perempuan. xpa la. mungkin baru dapat lesen. hehe. eh apaka mengarut neh. tapi sot la dia. adakah patut dah nampak orang nak potong tiba2 dia masuk lorong kanan. nasib la kereta belakang sempat break. kalu tak. dah memang malang tak berbau. sekor alza. sekor saga. sekor fortuner. kalau nasib malang tadi. memang aku dah check out da kut dari dunia neh. bak kata pepatah. tikus mati ditengah-tengah gajah, eh mende aku merepek neh. pepatah pn lintang pukang. ngeekk

* pause jap

* sambung

interrupted again by some work. ngee

eh dah nak jam 1. 

jum makan. 

makan itu sangat penting.  
 

Menunggu

Aku tunggu
Dan terus menunggu
Sesuatu yang tak kunjung tiba

Aku tunggu lagi
Masih bersabar
Hati resah jantung berdegup kencang

Dimanakah?
Bilakah ia akan tiba?

Semakin lama menunggu
Hati semakin tak keruan
Aku tertanya
Adakah ia akan menjadi milikku

Aku tetap setia menanti
Nasi lemak ayam ku
Aku beli dekat RNR bayangan

Tuesday, March 11, 2014

kerepek #1

Photobucket
Okeh memandangkan belog neh memang takda siapa yang akan baca. So aku rasa aku nak mengarut macammacam dalam belog neh. Well takda siapa yang akan pedulikan. Ngee. Tapi kalaulah korang terbaca belog neh. Memang dah nasib la membuang masa beberapa minit membaca segala kerepek merepek aku dalam belog neh. Huu! Sekarang neh ramai bebenor orang tengah bengong pasal alkisah #MH370. Aku bukannya taknak ambil tau. Aku caring kut dengan nasib yang menimpa mangsa. Setiap update aku baca. Cuma aku xdalah mencanang benda neh dalam alam maya. Share2 mana yg patut la kut. ~.~ Yang aku tak puashati neh, ramai pula pihak yang kurang elok otaknya buat macammacam spekulasi songsang. Huh. Aku dah tak tau la nak fikir apa. Tak tau mana yang betul mana yang salah neh. Cerita baru pulak, pasal pakcik bomoh tuh. Aduhai dunia neh semakin mengarut. Eh aku bukannya nak cakap pasal neh. Aku cuma nak membebel sebab membebel dalam alam maya neh. Dapat relief sedkit tekanan dalam hati. Memang dah lumrah manusia nak merepek dalam alam maya neh. 

Boleh pula disaster macamni diPolitikkan? Kalaulah engkau ( ahli politik ) berada ditempat mangsa atau keluarga si mangsa. Mampukah lagi engkau mempolitikkan hal neh? Aku sebenarnya bengang dengan para pemimpin * mata ke atas tangan ke bahu * kita dekat malaysia neh. Aku naik malu nak jadi rakyat malaysia. Tapi kita kena terima. Aku dah ditakdirkan menjadi rakyat malaysia. Opss yang baca jangan lapor dekat polis pula. Aku kesian sebenarnya dekat rakyat kita yang terlalu selesa dengan keadaan negara kita neh. Bila difikirfikir, aku rasa tertipu. Sedangkan negara menipu kita ( rakyatnya yg setia ) apatah lagi negara asing.

*pause kejap p makan.

* okeh sambung.

Mana dah aku punya tahap merepek neh? Err. Hilang tumpuan sebab perut kenyang. Ngek!

Aku cuma nak cakap dalam belog neh. Dan bertanya, kenapa manusia boleh menjadi sebegini bodoh. Bukannya aku neh berilmu sangat. Tapi rasional fikiran hilang bila benda yang tak tercapai akan terjadi. Alahai sedihnya aku mengenang orangorang yang sedemikian rupa. Ngek. 

Satu kesimpulan yang aku dapat. Manusia dah jarang berdoa. Bila dah jadi disaster macam ni. Baru manusia berdoa. Allah nak dengar rintihan dan doa kita sebagai neh manusia, sebagai hambanya. Bukan saja nak biar benda neh jadi tanpa sebab, semua yang terjadi dalam dunia neh ada hikmahnya. Kita manusia lemah hanya mampu berdoa dan yakin kepada Qada dan Qadar Allah. Doa lah. InshaAallah segalanya akan dipermudahkan. Amin.

Okeh. Kawan aku suh tgk ceta *Amukan Azazil. Best x best layan la. Tapi bila tau pelakon dia tuh c budak sharnaz. Macam nafsu nak tgk ceta neh hilang tibatiba. Aku kurang berminat dengan budak sharnaz tuh. LOL. 

Cukuplah kerepek merepek malam neh. Kbai!

Monday, March 10, 2014

kepayahan

kepayahan
kesusahan
kepedihan

setiap perjuangan tak lari dari semua ini
rasa sakit dalam perjuangan

sabar
ikhlas 
tekad

inilah yang akan menyebabkan kita akan terus bertahan

perjuangan yang diakhiri

dgn kemanisan
dgn kemenangan
dgn kebahagiaan

Sunday, March 9, 2014

Malu

Malunya aku
Semakin banyak membaca
Semakin banyak kita tak tahu
Semakin kita mengambil tahu
Semakin menjadi perasaan tak pasti ini

Malunya aku
Ilmu sedikit ni disangka dah cukup
Walhal dalam kehidupan kita sentiasa belajar

Malunya aku
Kerdilnya aku
Kerana kurangnya ilmu

Malunya aku didunia
Bukan kerana kurang harta
Bukan kerana kurang rupa
Bukan kerana tak punya kuasa

Malunya aku
kerana kurang ilmu

#MH370

Satu malaysia tau cerita ni
Semua orang sedang berdoa
Semua orang sedang bersedih

Aku?
Sampai satu tahap tak tau apa perasaan ini
Aku tak punya perasaan?
Atau
Aku dah terbiasa hidup dalam kesakitan dan kesedihan

Saat ini
Media sosial sibuk membicarakan kisah mereka
Aku mendalami apa perasaan mereka
Secara tiba2 air mata mengalir

Walau mereka tak ku kenali
Aku faham apa itu kehilangan
Ku cuba menghilangkan segala rasa
Namun air mata tetap mengalir

Di sudut hati cuma mampu mendoakan
Agar mereka selamat 
Segala yang terjadi adalah ketentuan Allah

Semoga keluarga mereka tabah menghadapi segala ujian
Ujian kehilangan yang pedih
Tapi ingatlah, 
Allah tidak akan mengambil sesuatu dari kita tanpa menggantikan dengan sesuatu

Aku cuma mampu berdoa.