Sunday, February 27, 2011

:: lagu dan aku ::

ni entry pasal lagu2 yang berkaitan dengan menatang kat atas nun...hihi.

so teruskan la dengan lagu2 ini...

1) i have a dream -westlife

2) close to you and lucky by jason mraz..and careless ( i still cry listening this song )
maybe i miss him??

3) " ibu! mengalir airmata ku " lagu ni..lupa apa tajuk lagu nya T_T tengah windu ngan mak ayah neyh..

4) all lagu MCR terutamanya i'm not ok^^

5) now ~ roulette- aku jatuh cinta ( am i??)

6) cinta kita mekar dihati -may lagu wajib saya dengan geng karas d SEMEKAR dulu.

7) summer? ada ka summer? hahaha lagu samsons- kenangan terindah.

8) romansa cinta - samsons dan lagu dygta.. ( and semua lagu jay chow -muka c dia mcm jay chow)

9) negaraku - all malaysian

10) helena- MCR

11) aishiteru- zivilia

12) d'bagindas- suka sama kamu

13) emm... dun hv former fren...thay still n owez b my fren^^

14) bf? i dun hv one..but this song maybe remain me of 'kawan rapat' BCL-kerna ku cinta kau

15) pa panamericano-pitbul

16) careless T_T

17) all club song.^^ haha but ai x pegi clubbing tau..Haram...

18) out of this club- PCD

19) ada band-100 bayangan

20) yue ding ( janji kita )

21) sangat banyakkk^^

22) myfren "A bukan nama sebenar " selalu nyanyikan lagu. lupa da~ ^^

23) lagu entah....lagu neraga ku kita mesti *stand tegak2 kan^^ haha

24) lagu osai bogia ngaran nu

25) every song on my playlist^^

ok2..siap! tnx 2 AQEYLS sebab benarkan saya buat entry ini..ini idea dia ni...haha
ok2..tnx cyg^^

tanda dia sudah jatuh cinta dengan kita..

"We hide to be found ..We walk away to see who will follow .. We cry to see who will wipe away our tears .. We let our hearts get broken to see who will fix them"


salam..
semua orang suka cakap pasal cinta.
jadi saya pun mau cakap pasal cinta...hihi...



1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

I JUST CALL TO SAY I LOVE YOU(walau 'i love you' itu tak terungkap )

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu. ( romantiknya .. tak perlu ayat2 cinta_)

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya. ( emm saya masih simpan KAD CINTA yang diberi oleh my MOSTBESTFRIENDEVER-AJ)


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu. ( i wait 4 you tau )

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.



huhu..napa saya post macam ni? sebabnya..
sebab..

sebab..

sebab...



saya tak tau nak cakap benda pa g..hihi..

pernah kamu cara kamu jatuh cinta? emm saya pernah.. dan mungkin itu yang saya alami sekarang.. opsss! bukan cinta.. i just like him^^


P/S: JANGAN KECEWAKAN ORANG YANG CINTAKAN KAMU,KERANA MEREKA SANGAT LEMBUT DAN IKLHAS MENCINTAI KAMU. KERANA ONCE DIA KECEWA, HATINYA AKAN REMUK HANCUR DAN BERKECAI. BIAR LA TOLAK CINTANYA DENGAN LEMBUT.

Saturday, February 26, 2011

:: sindrom ikan duyung ::





salam..
hari ni saya nak bagitau tentang sindrom okan duyung ni..atau bahasa omputeh nya..
'mermaid syndrom'..

biasanya sindrom ini hanya dialami oleh wanita.. jarang sekali berlaku pada lelaki.. jika terdapat pada lelaki ( monolog dalaman " dia ni lelaki tulen ka?")
sindrom ini biasanya menyerang hanya dalam masa 3hari-1minggu. jadi time ini dinasihatkan untuk para wanita. sila la bersiar2 dihalaman rumah atau jlan d bandar ( manatau kut2 ada yang terjatuh hati dengan korg )

****************


ok2... ini tanda2 bila kita kena sindrom ikan duyung ni..

1) sentiasa berasa dahaga ( sebab ikan duyung kan tinggal dalam air..)
penerangan saintifiknya.. bila seseorang wanita itu mengalami ovulation suhu badan akan meningkat dan kita akan merasa haus.
2) suara jadi merdu.. ada orang yang tak pandai menyanyi tapi bila datang sindrom ni. suara dia sedap je.. bila orang call, macam xnak ending kan call 2 je.. suara punya la sedap..^^
nak penerangan saintifik? nanti saya cerita di akhir part nanti.

3) bila amik gambar. suma nampak macam cantik aje. muka nampak bersinar2.. bila boipren tengok sedap je mata kan..hihi^^ tak perlu mekap pun rasa macam muka 2 lawa jak..
4) bagi yang mempunyai sedikit masalah dengan lemak. ada usatu saat bila mereka pandang cermin.. rasa macam lemak semakin kurang. dan keadaan cuma bertahan selama 3hari.

5) emosi sedikit terganggu. rasa lonely. ibarat ikan duyung juga. bila sendiri2 dalam laut 2 berkawan dengan ikan je.. mmg rasa bosan kan. hp nak sms pun xda ( hp masuk air kompem kong ) hahah


******************
sebenarnya sindrom ikan duyung ni tak wujud. just satu nama bagi wanita yang mengalami ovulation. lagi cantik kan nama nya^^ so kita semua ini cantik mcam ikan duyung...piewitt...perasan uda..^^

*****************
ni semua akibat dari sistem hormon wanita jika mengalami ovulasi. so, klu nak show off diri 2.tym ni la paling sesuai. tapi saya tak galakkan la.
sebab " wanita dalah fitnah terbesar dunia "
so bagi para wanita yang saya sayangi d luar sana... jaga la diri anda masing^^

:: fakta benar tentang wanita ::


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

Friday, February 25, 2011

:: fakta2 ajaib masa kini::

salam..
ni entry sal fakta ajaib..hahaha

sila hayati..

1. Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada
1,000 jenis bahan kimia.

2. Orang yang menggunakan tangan kanan hidup
sembilan tahun lebih lama daripada mereka
yang kidal.

3. Secara purata seseorang menghabiskan masa
selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang
hayatnya.

4. Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis
permainan tetapi di Filipina, ia merupakan
senjata merbahaya.

5. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan
meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

6. Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh
bulan dan enam hari, anda boleh menghasilkan
tenaga yang cukup untuk memanaskan
secawan kopi.

7. Seminit selepas anda membaca ayat ini, 100
orang kan meninggal dunia dan 240 bayi akan
lahir. Mengapa? Kerana pertambahan populasi
dunia dianggarkan sebanyak 140 orang seminit.

8. Lelaki enam kali lebih mudah dipanah petir
daripada wanita.

9. Epal lebih berkesan daripada kafein untuk
membuatkan seseorang itu mudah bangun pagi.

10.Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau
boleh membantu mengurangkan berat badan.

11. Manusia akan hidup lima setengah minit lebih
lama bagi setiap batang rokok yang tidak
dihisap.

Thursday, February 24, 2011

:: aku cinta aku rindu ::


mereka sangat sweet bersama T_T

assalammualaikum..wahh..
saya sangat suka lagu ini...all time febret^^
sangat melayan jiwa lagu ini...


Nurul & Ajai


Aku Cinta Aku Rindu

N: Ho..ho..ho..
A: ho..ho..ho..

N:
Bagaimana harus aku
Menahan rasa rinduku
Bila kau tiada di sisi

A:
Tak dapat ku membayangkan
Rasa rindu dalam jiwa
Kita sama sama rasa

N:
Ku menyayangi mu
Hingga akhir hayat nanti
Pasti kan bersama aaa...

A:
Ku mengharapkan mu
Untuk meneruskan
Perjalanan cinta ini ooo...

(Korus)
N:
Aku cinta aku rindu
Walau berjauhan
Ku tahu hatimu

A:
Aku cinta aku rindu
Tuhan berkatilah
Cinta ku padanya ooo...

N:
Bagaimana harus aku
Menahan rasa rinduku
Bila kau tiada disisi

A:
Tak dapat ku membayangkan
Rasa rindu dalam jiwa
Kita sama sama rasa oo...

N:
Ku menyayangi mu
Hingga akhir hayat nanti
Pasti kan bersama oo...

A:
Ku mengharapkan mu
Untuk meneruskan
Perjalanan cinta ini oo...

(Korus)
N: & A:
Aku cinta aku rindu
Walau berjauhan
Ku tahu hatimu

Aku cinta aku rindu
Tuhan berkatilah
Cinta ku padanya

(Break)
A:
Ya e...hey...oo...
Ku mengharapkan mu
N: & A:
Untuk meneruskan
Perjalanan cinta ini oo...

N:
Aku cinta aku rindu
Walau berjauhan
Ku tahu hatimu

A:
Aku cinta aku rindu
Tuhan berkatilah
Cinta ku padanya

(mix N: & A:)
N:
Aku cinta aku rindu
Walau berjauhan
Ku tahu hatimu

A:
Aku cinta aku rindu
Tuhan berkatilah
Cinta ku padanya

N: & A:
Tuhan berkatilah
Cinta ku padanya

:: sangat emo ::

assalammualaikum wbt..

hari ini saya sangat Emo..jiwa kurang stabil.. sangat banyak benda yang tidak diingini berlaku.. haiya~ jiwa macam ini boleh buat fikiran kacau.. ditambah dengan asgemnt yang saaangat banyak.. dah lah c F* cari pasal dengan saya.. lecturer pulak suka suki mhentam.. adoii... tensyen.. terpaksa buat statment.. sepanjang dua tahun saya belajar inilah kali pertama buat statment.

STATMENT ini sangat tidak elok jika kita mau meneruskan pelajaran ataupun ambilan kerja. risau bila dah habis study nanti lambat dapat posting akibat dari statment.. nak cakap masalh disiplin..?
well... helloo..bukan saya yang buat... tapi semua kena..

tapi consider juga la dengan c kawan 2. banyak sangat masalah sampai lupa inform kat lecturer yang dia terpaksa ambil emergency leave.. nenek dia sakit tenat kat kampung..

***************

tadi pengerusi group panggil..( meeting tergempar) nak bincang masalah ini..mula la d sana.. sesi mengeluarkan air mata. ( saya tak nangis..air mata saya PRN=bila perlu saja..hahaha ) kesian dengan ketua kelas minggu ini.. ( attention= class saya bertukar ketua class tiap minggu ).. saya bukan nak cerita kisah air mata ini.. hahaha alamak! roomate saya tengah susun ayat nak buat statment 2...huhu T_T

*****************

satu lagi kenapa saya sangat tensyen.. ada budak ni.. kata dia nak deactive FB nya pasal saya tak layan dia kat FB.... wooo!! amazing u... dia B bukan nama sebenar sangat berperangai aneh sejak kebelakangan ini... dia mudah terasa bila saya malas nak layan.. bila saya rapat denga orang lain dia pandai merajuk..ishh..aneh betul! emm saya tau dia mmg ada hati+ dia sayang saya..tapi saya tak boleh terima ( i'm very sorry dude) ..
*****************

woo...sampai sini saja la...sangat penat!
nak tido?
maybe later la..not sleepy yet^^

Monday, February 21, 2011

:: perancang keluarga 18sx::




assalammualaikum wbt....

hari ini dalam kuliah... kami belajar pasal perancang keluarga..
so bnyak la isi kandungan yang saya rasa kan penting unruk pengetahuan semua...
( dan memudahkan kerja saya sebagai seorang nurse nnt ).. HAHAHAHA

ok nak tau apa itu perancang keluarga?
mesti ramai yang akan terbayang tentang condom kan^^..hih

ž

Perancang keluarga;

žCara penyusunan, menjarakkan dan menghadkan anak dalam sesebuah keluarga,
di mana bergantung kepada kehendak dan kesan-kesan dari segi sosial ibubapa.

(Bailliere’s Midwives’ Dictionary, 1992)


kenapa merancang keluarga ini penting??


=žMembantu mengurangkan masalah populasi dan sumber (contohnya makanan)
=Mengurangkan morbiditi dan mortaliti.
Mengurangkan keguguran.
ž=Meningkatkan status kesihatan.
=Kualiti hidup: keluarga yang terancang.
=ž‘Basic human rights’
=žSalah satu elemen kesihatan reproduktif dan kesihatan seksual.
=žSalah satu tunjang ‘safe motherhood’.
=žGaya hidup masa kini.



ni adalah jenis2 contraseptive..

ada dua...
*kekal
-vasectomy
-BTL( bilateral tubal ligation )

*sementara
-cara semulajadi
-hormon
-halangan
-bahan kimia

ok kita bincang pasal kaedah semula jadi..

Definisi:

žWanita mengenalpasti waktu subur bermula dan berakhir, menghindarkan hubungan seks semasa subur untuk elak hamil.
žWaktu subur ialah ketika ovulasi berlaku.
Kaedah ini boleh dipilih mengikut kesesuaian dan keperluan sendiri.

macammana ini berlaku???

žFasa subur ditentukan dengan memerhati dan mencatatkan tanda-tanda serta gejala-gejala fisiologi semulajadi badan yang menunjukkan ovulasi berlaku.
žPersetubuhan mesti di elakkan dalam tempoh ini.
žOvulasi - pelepasan ovum - tempoh subur - berlaku antara 12 hingga 14 hari sebelum kitaran haid seterusnya.

adakah ia berkesan??

žKurang berkesan berbanding dengan kaedah-kaedah kontraseptif yang lain.

žSecara teori kaedah ini dianggap agak berkesan, tetapi secara amali, peratus kegagalan adalah tinggi.

kebaikan jika kita menggunakan cara ini.
.žTidak perlu penggunaan alat, hormon-hormon dan tidak melibatkan pembedahan.
Murah, hanya carta, kalendar atau jangkasuhu yang diperlukan.
Pengguna boleh diajar oleh anggota biasa yang terlatih tanpa bantuan dari pakar perubatan.
ž.Pengguna boleh guna cara ini tanpa bantuan tambahan dan dengan belanja yang minima.
Tanggungjawab perancangan dikongsi oleh kedua-dua pasangan -dapat tingkatkan komunikasi dan
kerjasama antara mereka.
ž.Kaedah elak persetubuhan berkala dipersetujui oleh Gereja Katolik Roman.
.Cara ini boleh diterima pakai oleh pasangan yang taat pada ajaran Gereja.
.Mudah diterima bagi sesetengah pasangan berbanding penggunaan kondom atau spermisid.
ž.Boleh meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai fungsi reproduktif dan dapat membantu pasangan yang ingin hamil mencapai keinginan mereka.
ž.Boleh digunakan oleh pasangan yang bimbang terhadap kesan sampingan akibat menggunakan kaedah-kaedah tidak semulajadi.

keburukan kaedah ini..

Tidak akan berjaya tanpa azam dan kerjasama dari kedua-dua pasangan.
Menahan diri dari persetubuhan (pihak lelaki) - sebabkan masalah rumahtangga dan tekanan psikologi.
ž.Wanita sukar kenalpasti tempoh subur, bagi yang menyusukan bayi, jangkitan vagina atau mendekati menopause.
ž.Wanita dengan kitaran haid tidak tetap mungkin alami kesukaran gunakan kaedah ini.
ž.Kurang berkesan dalam mencegah kehamilan.
ž.Masa yang lebih lama diperlukan untuk tunjukkan cara mencatat kitaran haid pada permulaan gunakan kaedah dan kaunseling seterusnya diperlukan.
Kaedah ini perlu pengawasan fungsi badan dan catatan tanda-tanda serta gejala-gejala badan setiap hari - menyusahkan dan tidak disukai sesetengah wanita.

Kaedah perancang keluarga semulajadi

terdiri daripada;

1 Kaedah masa selamat

1 Kaedah suhu badan

ž 1Kaedah mukus servik

ž 1Kaedah kombinasi

Kaedah masa selamat

ž Menghindari hubungan seks semasa waktu subur.

Kaedah suhu badan

ž Masa subur dan tidak subur dapat dijangka dengan memerhatikan perubahan suhu badan.

Kaedah mukus servik

ž Masa subur dan tidak subur dikenalpasti dengan perubahan mukus servik.

Kaedah kombinasi

ž Menggunakan semua kaedah di atas untuk meningkatkan ketepatan jangkaan masa ovulasi.

Kaedah masa selamat

Di kenali juga sebagai kaedah kalendar.

Tindakan:

ž Mencegah kehamilan dengan menghindari hubungan seks semasa waktu subur melalui pengiraan kitaran haid.

Cara penggunaan:

ž 1Rekod kitaran haid selama 6 bulan.

ž 1Untuk dapatkan kitaran haid yang panjang dan pendek.

ž 1Hari pertama haid – hari pertama kitaran.

ž 1Hari terakhir kitaran – sehari sebelum haid yang berikut.

Kaedah suhu badan

Tindakan

ž Cegah hamil dan hindari hubungan seks dari hari pertama haid hingga suhu badan meningkat 0.2 hingga 0.4°C, dan 3 hari selepasnya.

ž 1Peningkatan suhu dari aras rendah ke tinggi adalah petanda ovulasi berlaku.

ž 1Jangkahayat ovum adalah selama 3 hari.

ž 1Ambil suhu badan sebaik terjaga dari tidur setiap pagi dengan menggunakan termometer.

ž 1Termometer diletakkan dibawah lidah selama 5 minit.

ž 1Catat dan cantumkan bacaan suhu badan di atas graf dalam tempoh sebulan.

ž 1Hubungan seks adalah selamat selepas kenaikan suhu badan dikesan 3 hari berturut-turut.


Kaedah mucus servix

Tindakan:

ž Kenalpasti perubahan pada mukus serviks.

ž Perubahan mukus serviks adalah hasil daripada keluaran hormon estrogen.

Cara penggunaan:

žPerhati perubahan mukus yang keluar setiap hari.

Masa subur:

Sewaktu mukus yang keluar berkeadaan jernih dan melekit seperti putih telur mentah.

ž

Petanda ovulasi akan bermula:


Apabila mukus serviks yang keluar bertambah banyak, berwarna seperti putih telur mentah dan boleh diregang dengan dua jari tanpa putus.

žSelepas ovulasi:

Mukus serviks berkurangan, melekit dan berwarna keputihan.

Hubungan seks adalah selamat selepas mukus serviks menjadi pekat dan keputihan.



ni adalah antara kaedah yang biasa digunakan..

ada lagi 1kaedah, iaitu kaedah AZAL.

AZAL ni ialah mengeluarkan penis sebelum ejakulasi. dan melepaskan sperma diluar vagina.

kelebihan

-mudah

-tidak perlu pengawasan doctor

-tiada kesan sampingan


kekurangan

-tiada kepuasan

kadar kegagalan tinggi- dimana kurang kerjasama dan tidak sempat mengeluarlan penis.


terapi hormon dan terapi implan subdermal saya tak jelaskan disini kerana masa yang tidak mencukupi.

saya akan terangkan dilain hari..



ini adalah satu kaedah yang mana sering digunakan oleh ramai orang iaitu kaedah HALANGAN..

apa itu??

-žKaedah halangan atau barrier adalah kaedah perancang keluarga yang menghalang sperma memasuki faraj

atau os secara mekanikal, kimia atau kedua-duanya sekali.

-žContoh kaedah mekanikal adalah kondom lelaki dan wanita, diafragma dan kap servik.

-žContoh kaedah kimia adalah seperti spermisid dan span vagina.


PRINSIP ASAS

-žKaedah ini menghalang pertemuan sperma dan ovum.

-žKaedah mekanikal bertindak seperti dinding menghalang sperma memasuki faraj atau os.

-žKaedah spermisid bertindak dengan melemahkan atau membunuh sperma.

ALAT YANG BIASA DIGUNAKAN DALAM KAEDAH INI IALAH:-



DIAFRAGMA

žDefinisi:

+ Diafragma adalah getah berbentuk dom (topi kubah).
+žIa mempunyai satu rim fleksibel yang boleh disesuaikan dalam vagina supaya dapat melitupi pangkal rahim.
+Ia biasanya digunakan bersama dengan krim atau jeli spermisid yang diletakkan di kedua-dua belah dom sebelum dimasukkan.

KEBAIKAN
+dapat memberi perlindungan dari penyakit STD jka digunakan bersama spermisid
+tidak mengurangkan penghasilan susu
+tidak mengganggi kitaran haid
+tidak mengandungi sebarang hormon dan pelanggan tidak perlukan sebarang tatacara pembedahan
+setiap wanita dapat mengawal kemungkinan kehamilan

KEBURUKAN
+pengguna mesti dilatih untuk memasukkan diafragma
+diafragma boleh dimasukkan pada bila-bila masa sebelum hubungan seks dan harus dibiarkan dalam posisi ini sepanjang 6jam minima selepas hubungan seks berakhir tetapi tidak lebih daripada 24jam selepas ia dimasukkan.
+ia berkaitan dengan persetubuhan dan mungkin membawa kepada keadaan kotor atau selekah apabila spermisid digunakan.

KONDOM LELAKI

DEFINISI :

+žSejenis sarung apabila dibuka gulungannya, ia akan membungkus penis yang tegang sebelum melakukan perhubungan seks.

Mekanisma tindakan

+žBertindak sebagai penghalang dan menakung air mani yang dikeluarkan semasa persetubuhan.

+žIa tidak membenarkan air mani memasuki vagina dan mengelakkan ovum dan sperma bertemu.


KEBAIKAN

-murah dan sennag didapati

-bebas daripada risiko perubatan dan pemeriksaan adalah tidak diperlukan

-melibatkakn tanggungjawab lelaki

-membentu mengelakkan dan mengurangkan risiko penularan penyakit STD termasuk hepB, HIV dan lain2.

-efektif serta merta


KEBURUKAN

-memerlukan motivasi tinggi

-mungkin menggangu perhubungan seks

-penis mesti ditarik balim dari vagina selepas ejakulasi dan kondom mesti ditanggalkan semasa ia masih tegang.

-masalah mungkin timbul untuk membuang kondom yang telah digunakan

-kondom baru mesti digunakan pada setiap kali perhubungan seks.

-kaedah kondom tidak akan berjaya sekiranya ia terkoyak atau pelanggan tidak menggunakannya setiap kali mengadakan perhubungan seks.


TEKNIK PENGGUNAAN KONDOM LELAKI DENGAN BETUL


.Dapatkan kondom.
.Daya tarikan seksual.
.Bercumbu-cumbuan.
.Ereksi.
.Keluarkan kondom dari paket.
.Picit hujung kondom untuk keluarkan udara.
ž.Sarungkan kondom.
.Sapukan pelincir.
.Penetrasi.
.Ejakulasi dan orgasma.
.Pegang zakar dan keluarkan kondom.
.Buangkan kondom.
















KONDOM WANITA

Definisi
-žSarung poliuretena yang nipis, lembut dan sama panjang dengan kondom lelaki, hanya lebih lebar
sedikit.
-žDilapisi dengan pelincir silikon dan mempunyai satu gegulung yang fleksibel pada setiap penghujung.
-Satu gegulung terletak pada hujung tertutup kondom wanita untuk membantu kemasukan dan sebagai
pemegang dalaman.

KEBAIKAN
-žBebas dari risiko perubatan dan tidak perlu pemeriksaan perubatan dan pemasangan.
-žKurang mengganggu keadaan perasaan seks berbanding kondom lelaki kerana dimasukkan lebih awal sebelum perhubungan seks.
-žMelitupi kawasan yang luas pada genitalia lelaki dan wanita serta dapat memberi perlindungan berkesan dari jangkitan STD, terutamanya AIDS.
-žLebih sensitif dan selesa diguna untuk kepuasan lelaki.
-žBentuknya boleh berubah secara semulajadi melapisi bentuk asal vagina.
-žBahan yang digunakan untuk hasilkan kondom dapat menyalurkan haba badan dengan efektif.
-žTidak mudah bocor, tergelincir atau terkoyak semasa perhubungan seks.
-žBoleh digunakan dengan pelincir berasaskan berminyak tanpa mengalami kerosakan.
-žSenang digunakan.
-Boleh dikawal oleh wanita.

KEBURUKAN
-žMahal – harga untuk kondom wanita mungkin adalah 2 -12 kali ganda lebih daripada harga kondom lelaki.
-žMemerlukan motivasi yang tinggi.
-žKondom wanita yang telah digunakan mungkin mendatangkan masalah apabila hendak dibuang.
-žSetiap kondom wanita hanya boleh digunakan sekali sahaja.
-žUntuk memasukannya, wanita itu hendaklah berkeadaan selesa apabila menyentuh bahagian
genitalianya.
-žIa akan melitupi bahagian klitoris dan bahagian labia yang sensitif bagi wanita dan akan mengurangkan
keseronokan wanita semasa perhubungan seks.
-žSesetengah pelanggan mengadu ia kelihatan terlalu besar dan menyusahkan dan sebahagian kondom
wanita dapat dilihat semasa persetubuhan.
-žGeglulung dalaman akan menyebabkan rasa tidak selesa kepada sesetengah wanita.





hahaha sampai sini jak la....penat dah aku berfikir..
jadi kepada yang belum kawen..janagan salah gunakan ilmu ni.^^