Friday, January 15, 2016

Bajrangi Bhaijaan

Photobucket


Wahh. I don’t always watch Hindustan movie, but this one really make me cry a lot. Bajrangi-Bhaijaan is really a great movie! Nangis2 sampai mata bengkak. Nasib baik esok cuti. Haha. Walaupun hampir 3jam punya movie, tapi dia punya penangan memang perghhhh. Haha. Sampai sekarang masih emosi. Kalaulah filem-filem Malaysia setanding cerita Hindustan kan bagus. Ini asyik “Suamiku Ustaz, Mr. Arrogant, Suamiku Encik Sotong, Suamiku Kucing, Suamiku Kambing pelbagai lagi jenis suami dan terbaru Cinta Si Wedding Planner. Haha cerita begini semua lagho semata-mata. Buat budak-budak berangan-angan bercinta suwit-suwit gitu. Haha apa la saya ni merepek sudah. Saya bagi rate cerita ni 8.8/10.
Sekian dan terima kasih..

Monday, January 4, 2016

2016

Photobucket
Post pertama tahun baru. Mestikah setiap tahun baru ada azam baru. Tiap tahun saya Cuma akan renew azam.  Cuma mau kurus sikit dan berusaha berjimat cermat. Itu sahaja untuk tahun ini. 
Dan mungkin tidak keterlaluan kalau saya berhajat untuk ada baby tahun ini. 

Semoga segala dipermudahkan ya Allah. Huhu. Semoga tahun ini dikurniakan rezeki daripada Allah. insyaAllah. Semoga lebih beriman dan lebih berilmu dan lebih sabar dengan dugaan dunia.

Tahun 2016 memang sangat mencabar tertamanya rakyat malaysia, tidak lain tidak bukan pasal keadaan ekonomi sekarang. Malas cakap panjang pasal ni. Rakyat yang berilmu dan berakal tentu faham pasal keadaan negara . haha. buat apa la saya nak menyibuk hal negara, saya suma sekecil zarah jika dibandingkan dengan c Datin Ros.

Dah berumur 26 tahun ni. Im not gonna lie about my age. Dunia bilang pergi akhirat kata mari. Ajal maut ditangan tuhan. Terdetik rasa takut bila ingat pasal kematian, sudah bersediakah saya? Sudah cukupkah amalan? Bila ingat pasal cerita kematian,  bergegar seluruh badan. Ya allah ampunikah aku hambamu yang penuh khilaf.

Bebanan kerja makin berat, bebanan tanggungjawab semakin payah dan hampir tak tertanggung. Semoga diriku kuat dan tabah ya allah. Teringat masa belasan tahun, segalanya ringan. Bila melihat yang lain masih bersuka-ria sebenarnya dalam hati, teringin tapi tanggungjawab mengawal semuanya.Semoga kuat  ya Allah.

Setengah jam lagi jam10. Masa untuk tidur dan rehatkan fizikal dan rohani. Good night kind world.