Monday, January 4, 2016

2016

Photobucket
Post pertama tahun baru. Mestikah setiap tahun baru ada azam baru. Tiap tahun saya Cuma akan renew azam.  Cuma mau kurus sikit dan berusaha berjimat cermat. Itu sahaja untuk tahun ini. 
Dan mungkin tidak keterlaluan kalau saya berhajat untuk ada baby tahun ini. 

Semoga segala dipermudahkan ya Allah. Huhu. Semoga tahun ini dikurniakan rezeki daripada Allah. insyaAllah. Semoga lebih beriman dan lebih berilmu dan lebih sabar dengan dugaan dunia.

Tahun 2016 memang sangat mencabar tertamanya rakyat malaysia, tidak lain tidak bukan pasal keadaan ekonomi sekarang. Malas cakap panjang pasal ni. Rakyat yang berilmu dan berakal tentu faham pasal keadaan negara . haha. buat apa la saya nak menyibuk hal negara, saya suma sekecil zarah jika dibandingkan dengan c Datin Ros.

Dah berumur 26 tahun ni. Im not gonna lie about my age. Dunia bilang pergi akhirat kata mari. Ajal maut ditangan tuhan. Terdetik rasa takut bila ingat pasal kematian, sudah bersediakah saya? Sudah cukupkah amalan? Bila ingat pasal cerita kematian,  bergegar seluruh badan. Ya allah ampunikah aku hambamu yang penuh khilaf.

Bebanan kerja makin berat, bebanan tanggungjawab semakin payah dan hampir tak tertanggung. Semoga diriku kuat dan tabah ya allah. Teringat masa belasan tahun, segalanya ringan. Bila melihat yang lain masih bersuka-ria sebenarnya dalam hati, teringin tapi tanggungjawab mengawal semuanya.Semoga kuat  ya Allah.

Setengah jam lagi jam10. Masa untuk tidur dan rehatkan fizikal dan rohani. Good night kind world.

No comments: