Tuesday, January 22, 2013

dia yg aku ehem3


Photobucket

actually blog saya ni memang untuk tempat cakap pasal hati dan perasaan bah kan. entah la. jarang sudah bah saya ni buat entry dalam blog. bukan nya apa. bz kerja kan. huu.. 

oh ramai yang tidak tau.. saya ni sebenarnya. dalam hati ada kolam. haha. meanssss???? ahaha d hati ini hanya tuhan yang tau. weehieuu

begini la rupa paip T yang saya cari.. hihi apa nama dia ni aa

emm.. hari tu.. saya p la kedai mau beli batang paip. eh bukan yang penyambung T tu.. saya pun tidak tau apa nama dia. 

jadi saya tanya la seorang ah chai ( penjual cina ) d kedai dia.

" acai ada ka ini yang setengah inci punya ?? ( sambil kasi tunjuk paip seperti gambar di atas ) "

tu acai dia saja. mau cakap bisu pun nda juga. 
rupanya dia tidak tau apa benda tuh dan saiz nya. saya pun dengan blur nya p cari sendiri.. lepas tuh ukur sendiri. adeii.. nasib ngam juga tuh size. saya ni hantam jak ambil. sebab saya pun tidak tau. hihi

see?? 
main point here is. saya x suka la lelaki yang buat kerja bertukang pun tidak pandai. apa guna o kalau kerja tinggi tapi btukang d rumah pun xpandai. bagus saya kawen orang yang biasa-biasa tapi kerja-kerja bertukang tau.

contohnya.

buat paip.. buat wiring.. masak.. pandai repair barang letrik. pandai mekanik kereta.
kan.. begini baru lelaki sejati. 

kalau yang setakat pandai tayang duit. tayang kereta. ah tuh bukan lelaki sejati tuh. apa guna gaji ribu-ribu kalau kerja lelaki pun xtau. hahhaa

eh mengomplen pla saya.

so, saya mau lelaki yang pandai bertukang jadi future husband saya.. hehehe
dan juga boleh jadi imam solat saya ( itu yang paling penting )

eh alamak! lewat da.. 

tidur la dulu..

doakan semoga saya kawen awal. hihi

selamat malam... ^^

sedangkan mereka yang solat dipanggil ahli sihir

Photobucket

macam-macam la kejadian kan zaman sekarang ini.

ini kisah benar saya mau cerita sama sepa ja la yang baca entry ini..

kawan saya. J dia seorang yang agak alim ulama.. solat 5 waktu. 
then, dia di tugaskan d satu daerah pendalaman sabah ( pensiangan ). oya kawan saya ni seorang nurse @ misi. hihi..

untuk pengetahuan semua, daerah pensiangan kebanyakan penduduk nya bukan beragama islam. dan di sana la selalu aramai tihhh.. aramai tihh maksud nya ( minum-minum2 arak. )

di sana, walaupun staf tuh adalah seorang muslim. tapi memang akan minum sebab adat di sana memang akan  memaksa orang minum. bah kalau yang kuat iman syukurlah. kalau yang iman pun tulang-tulang ikan. habis la.

okay berbalik sama cerita kawan saya ni. J. dia di panggil ahli sihir sebab sangat patuh dengan solat. walaupun masuk hutan ( ada aktiviti ) dia tetap akan solat.. jadi orang-orang di sana tidak suka la sama dia. kesian juga. 

siapa yang selalu belanja krak ( arak ) dia dianggap mulia . ramai yang akan mendekati dia. adehhh dunia sekarang sudah terbalik..

waktu saya p pensiangan dulu. 4 hari sahaja.. memang nampak sudah bah budaya sana. huu..

malam penutupan majlis kami tuh.. alamaak!! jam 7 mlm mula sudah minum. adehh kami ( tetamu ) yang tidak minum balik awal dari majlis tuh. nda tahan bah bau arak. bising-bising menyanyi. sampai pagi saya n the geng xdapat tidur dengar orang menyanyi mabuk. 

alala. ada kawan saya d sana dulu sekolah agama pn. xsangka dia pun ikut minum. huh! saya sad o.. kawan-kawan dulu walaupun sekolah agama , macam tidak tau hukum bah. ya Allah. jauh betul dia sesat. semoga mereka di beri hidayah la kan.. amin In Syaa Allah...

-tamat-

Thursday, January 17, 2013

hai


hai.. lama dah x buat entry kan.. bah habis la .. lepas ni.. saya akan pos entryy banyak2.. 
wahh!! 
sa tekanan kerja bah ni..
jadi apa la mau buat kalau sa sudah tekanan.?

ulung ne tlampau oo...
eh out dulu la.. huuuu