Friday, April 1, 2011

:: pepatah yang tak patot::



assalammualaikum..

JOM KITA BELAJAR BAHASA IBUNDA KITA.
BAHASA KITA BUDAYA KITA.
BOLEH HAYATI TAPI JANGAN MASUK DALAM PAPER EXAM.

1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.

2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga lepas tu tercium pulak tahi ayam.

4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.

5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang.
(Itulah...lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)

6. Sebab mulut santan binasa, sebab mulut nasi pun habis.

7. Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau)
* sila gunakan ubat gigi colgate.

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu.

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi.

10. Biar mati bini jangan mati anak (boleh kahwin lagi^^)

11. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai kepangkal ketiak.

12. Biar korek hidung jangan korek tabung.

13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian lama-lama jadi letih. bila dah letih mati lemas..

14. Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kahwin lagi satu.

15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah....... ingat hensem sangat ?!

16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

17. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman. kompen ingat selamanya.

18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.

19.Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah tu tak reti-reti nak ganti ke...

20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....

21. Habis madu, sepah jangan dibuang merata-rata.

22. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.

23. Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri.. ( aku nak kawenn~)

24. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang gunakan tangan....

25. Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya kita tak lawa.

26. Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.

27. Patah tumbuh, hilang report polis.

28. Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat.

29. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tak masuk Sukan Olimpik jugak.

30. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang aje beli jarum yang baru.

31. Kalau ada sumur diladang, boleh hamba menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita kahwin lari.......(nak tak?)

32. Kajang Pak Malau Kajang berlipat, Kajang hamba makan satay Kajang lagi best......

33. Kalau kail panjang sejengkal, belilah kail yang panjang sikit.

34. Kalau takut dilambung ombak janganlah berumah ditepi pantai, buat rumah jauh-jauh sikit dari pantai la ..



*ni aku copy tahh dari mana..^^

:: perkara geli pompuan buat bila nak tarik perhatian lelaki::


assalammualaikum..

wahh sungguh cepat benda ini memenuhi ruang otak. sebagai *peneguran kepada wanita diluar sana.
kadang2 aku pun turut hairan bila ramai pompuan buat benda ni nak tarik perhatian lelaki.
haha
*mood mulut kejam ON

1) MENANGIS- hei com'on la gurl. nak nangis2 2 buat apa?! nak tunjuk sangat yang pompuan ni lemah dan kuat nangis? mentang2 lah ada pepatah (air mata adalah senjata wanita). meluat la.. lain la kalau betul2 tangisan 2 tulus dari hati. ini menangis buat2..adehh..

2) KETAWA BUAT2- wahh ini selalu terjadi. ketawa biar ikhlas. ^^

3) SUARA BUAT2 MANJA@GEDIK - err... kalau dah memang dilahirkan suara manja takpa la.. ini suara garau semacam tapi cakap manja2..HAHAHA geli..

4) PUJI2 EN.LELAKI TAPI TAK IKHLAS - ni saja nak amik hati. dan biar lama2 en.lelaki rasa disayangi dan en.lelaki tiba2 jatuh sayang dengan c popmpuan itu.

ini jak kut.. semua entry ini dibuat berdasarkan c kawan seorang ini. *kawan lama..^^