Monday, February 21, 2011

:: perancang keluarga 18sx::




assalammualaikum wbt....

hari ini dalam kuliah... kami belajar pasal perancang keluarga..
so bnyak la isi kandungan yang saya rasa kan penting unruk pengetahuan semua...
( dan memudahkan kerja saya sebagai seorang nurse nnt ).. HAHAHAHA

ok nak tau apa itu perancang keluarga?
mesti ramai yang akan terbayang tentang condom kan^^..hih

ž

Perancang keluarga;

žCara penyusunan, menjarakkan dan menghadkan anak dalam sesebuah keluarga,
di mana bergantung kepada kehendak dan kesan-kesan dari segi sosial ibubapa.

(Bailliere’s Midwives’ Dictionary, 1992)


kenapa merancang keluarga ini penting??


=žMembantu mengurangkan masalah populasi dan sumber (contohnya makanan)
=Mengurangkan morbiditi dan mortaliti.
Mengurangkan keguguran.
ž=Meningkatkan status kesihatan.
=Kualiti hidup: keluarga yang terancang.
=ž‘Basic human rights’
=žSalah satu elemen kesihatan reproduktif dan kesihatan seksual.
=žSalah satu tunjang ‘safe motherhood’.
=žGaya hidup masa kini.



ni adalah jenis2 contraseptive..

ada dua...
*kekal
-vasectomy
-BTL( bilateral tubal ligation )

*sementara
-cara semulajadi
-hormon
-halangan
-bahan kimia

ok kita bincang pasal kaedah semula jadi..

Definisi:

žWanita mengenalpasti waktu subur bermula dan berakhir, menghindarkan hubungan seks semasa subur untuk elak hamil.
žWaktu subur ialah ketika ovulasi berlaku.
Kaedah ini boleh dipilih mengikut kesesuaian dan keperluan sendiri.

macammana ini berlaku???

žFasa subur ditentukan dengan memerhati dan mencatatkan tanda-tanda serta gejala-gejala fisiologi semulajadi badan yang menunjukkan ovulasi berlaku.
žPersetubuhan mesti di elakkan dalam tempoh ini.
žOvulasi - pelepasan ovum - tempoh subur - berlaku antara 12 hingga 14 hari sebelum kitaran haid seterusnya.

adakah ia berkesan??

žKurang berkesan berbanding dengan kaedah-kaedah kontraseptif yang lain.

žSecara teori kaedah ini dianggap agak berkesan, tetapi secara amali, peratus kegagalan adalah tinggi.

kebaikan jika kita menggunakan cara ini.
.žTidak perlu penggunaan alat, hormon-hormon dan tidak melibatkan pembedahan.
Murah, hanya carta, kalendar atau jangkasuhu yang diperlukan.
Pengguna boleh diajar oleh anggota biasa yang terlatih tanpa bantuan dari pakar perubatan.
ž.Pengguna boleh guna cara ini tanpa bantuan tambahan dan dengan belanja yang minima.
Tanggungjawab perancangan dikongsi oleh kedua-dua pasangan -dapat tingkatkan komunikasi dan
kerjasama antara mereka.
ž.Kaedah elak persetubuhan berkala dipersetujui oleh Gereja Katolik Roman.
.Cara ini boleh diterima pakai oleh pasangan yang taat pada ajaran Gereja.
.Mudah diterima bagi sesetengah pasangan berbanding penggunaan kondom atau spermisid.
ž.Boleh meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai fungsi reproduktif dan dapat membantu pasangan yang ingin hamil mencapai keinginan mereka.
ž.Boleh digunakan oleh pasangan yang bimbang terhadap kesan sampingan akibat menggunakan kaedah-kaedah tidak semulajadi.

keburukan kaedah ini..

Tidak akan berjaya tanpa azam dan kerjasama dari kedua-dua pasangan.
Menahan diri dari persetubuhan (pihak lelaki) - sebabkan masalah rumahtangga dan tekanan psikologi.
ž.Wanita sukar kenalpasti tempoh subur, bagi yang menyusukan bayi, jangkitan vagina atau mendekati menopause.
ž.Wanita dengan kitaran haid tidak tetap mungkin alami kesukaran gunakan kaedah ini.
ž.Kurang berkesan dalam mencegah kehamilan.
ž.Masa yang lebih lama diperlukan untuk tunjukkan cara mencatat kitaran haid pada permulaan gunakan kaedah dan kaunseling seterusnya diperlukan.
Kaedah ini perlu pengawasan fungsi badan dan catatan tanda-tanda serta gejala-gejala badan setiap hari - menyusahkan dan tidak disukai sesetengah wanita.

Kaedah perancang keluarga semulajadi

terdiri daripada;

1 Kaedah masa selamat

1 Kaedah suhu badan

ž 1Kaedah mukus servik

ž 1Kaedah kombinasi

Kaedah masa selamat

ž Menghindari hubungan seks semasa waktu subur.

Kaedah suhu badan

ž Masa subur dan tidak subur dapat dijangka dengan memerhatikan perubahan suhu badan.

Kaedah mukus servik

ž Masa subur dan tidak subur dikenalpasti dengan perubahan mukus servik.

Kaedah kombinasi

ž Menggunakan semua kaedah di atas untuk meningkatkan ketepatan jangkaan masa ovulasi.

Kaedah masa selamat

Di kenali juga sebagai kaedah kalendar.

Tindakan:

ž Mencegah kehamilan dengan menghindari hubungan seks semasa waktu subur melalui pengiraan kitaran haid.

Cara penggunaan:

ž 1Rekod kitaran haid selama 6 bulan.

ž 1Untuk dapatkan kitaran haid yang panjang dan pendek.

ž 1Hari pertama haid – hari pertama kitaran.

ž 1Hari terakhir kitaran – sehari sebelum haid yang berikut.

Kaedah suhu badan

Tindakan

ž Cegah hamil dan hindari hubungan seks dari hari pertama haid hingga suhu badan meningkat 0.2 hingga 0.4°C, dan 3 hari selepasnya.

ž 1Peningkatan suhu dari aras rendah ke tinggi adalah petanda ovulasi berlaku.

ž 1Jangkahayat ovum adalah selama 3 hari.

ž 1Ambil suhu badan sebaik terjaga dari tidur setiap pagi dengan menggunakan termometer.

ž 1Termometer diletakkan dibawah lidah selama 5 minit.

ž 1Catat dan cantumkan bacaan suhu badan di atas graf dalam tempoh sebulan.

ž 1Hubungan seks adalah selamat selepas kenaikan suhu badan dikesan 3 hari berturut-turut.


Kaedah mucus servix

Tindakan:

ž Kenalpasti perubahan pada mukus serviks.

ž Perubahan mukus serviks adalah hasil daripada keluaran hormon estrogen.

Cara penggunaan:

žPerhati perubahan mukus yang keluar setiap hari.

Masa subur:

Sewaktu mukus yang keluar berkeadaan jernih dan melekit seperti putih telur mentah.

ž

Petanda ovulasi akan bermula:


Apabila mukus serviks yang keluar bertambah banyak, berwarna seperti putih telur mentah dan boleh diregang dengan dua jari tanpa putus.

žSelepas ovulasi:

Mukus serviks berkurangan, melekit dan berwarna keputihan.

Hubungan seks adalah selamat selepas mukus serviks menjadi pekat dan keputihan.



ni adalah antara kaedah yang biasa digunakan..

ada lagi 1kaedah, iaitu kaedah AZAL.

AZAL ni ialah mengeluarkan penis sebelum ejakulasi. dan melepaskan sperma diluar vagina.

kelebihan

-mudah

-tidak perlu pengawasan doctor

-tiada kesan sampingan


kekurangan

-tiada kepuasan

kadar kegagalan tinggi- dimana kurang kerjasama dan tidak sempat mengeluarlan penis.


terapi hormon dan terapi implan subdermal saya tak jelaskan disini kerana masa yang tidak mencukupi.

saya akan terangkan dilain hari..



ini adalah satu kaedah yang mana sering digunakan oleh ramai orang iaitu kaedah HALANGAN..

apa itu??

-žKaedah halangan atau barrier adalah kaedah perancang keluarga yang menghalang sperma memasuki faraj

atau os secara mekanikal, kimia atau kedua-duanya sekali.

-žContoh kaedah mekanikal adalah kondom lelaki dan wanita, diafragma dan kap servik.

-žContoh kaedah kimia adalah seperti spermisid dan span vagina.


PRINSIP ASAS

-žKaedah ini menghalang pertemuan sperma dan ovum.

-žKaedah mekanikal bertindak seperti dinding menghalang sperma memasuki faraj atau os.

-žKaedah spermisid bertindak dengan melemahkan atau membunuh sperma.

ALAT YANG BIASA DIGUNAKAN DALAM KAEDAH INI IALAH:-



DIAFRAGMA

žDefinisi:

+ Diafragma adalah getah berbentuk dom (topi kubah).
+žIa mempunyai satu rim fleksibel yang boleh disesuaikan dalam vagina supaya dapat melitupi pangkal rahim.
+Ia biasanya digunakan bersama dengan krim atau jeli spermisid yang diletakkan di kedua-dua belah dom sebelum dimasukkan.

KEBAIKAN
+dapat memberi perlindungan dari penyakit STD jka digunakan bersama spermisid
+tidak mengurangkan penghasilan susu
+tidak mengganggi kitaran haid
+tidak mengandungi sebarang hormon dan pelanggan tidak perlukan sebarang tatacara pembedahan
+setiap wanita dapat mengawal kemungkinan kehamilan

KEBURUKAN
+pengguna mesti dilatih untuk memasukkan diafragma
+diafragma boleh dimasukkan pada bila-bila masa sebelum hubungan seks dan harus dibiarkan dalam posisi ini sepanjang 6jam minima selepas hubungan seks berakhir tetapi tidak lebih daripada 24jam selepas ia dimasukkan.
+ia berkaitan dengan persetubuhan dan mungkin membawa kepada keadaan kotor atau selekah apabila spermisid digunakan.

KONDOM LELAKI

DEFINISI :

+žSejenis sarung apabila dibuka gulungannya, ia akan membungkus penis yang tegang sebelum melakukan perhubungan seks.

Mekanisma tindakan

+žBertindak sebagai penghalang dan menakung air mani yang dikeluarkan semasa persetubuhan.

+žIa tidak membenarkan air mani memasuki vagina dan mengelakkan ovum dan sperma bertemu.


KEBAIKAN

-murah dan sennag didapati

-bebas daripada risiko perubatan dan pemeriksaan adalah tidak diperlukan

-melibatkakn tanggungjawab lelaki

-membentu mengelakkan dan mengurangkan risiko penularan penyakit STD termasuk hepB, HIV dan lain2.

-efektif serta merta


KEBURUKAN

-memerlukan motivasi tinggi

-mungkin menggangu perhubungan seks

-penis mesti ditarik balim dari vagina selepas ejakulasi dan kondom mesti ditanggalkan semasa ia masih tegang.

-masalah mungkin timbul untuk membuang kondom yang telah digunakan

-kondom baru mesti digunakan pada setiap kali perhubungan seks.

-kaedah kondom tidak akan berjaya sekiranya ia terkoyak atau pelanggan tidak menggunakannya setiap kali mengadakan perhubungan seks.


TEKNIK PENGGUNAAN KONDOM LELAKI DENGAN BETUL


.Dapatkan kondom.
.Daya tarikan seksual.
.Bercumbu-cumbuan.
.Ereksi.
.Keluarkan kondom dari paket.
.Picit hujung kondom untuk keluarkan udara.
ž.Sarungkan kondom.
.Sapukan pelincir.
.Penetrasi.
.Ejakulasi dan orgasma.
.Pegang zakar dan keluarkan kondom.
.Buangkan kondom.
















KONDOM WANITA

Definisi
-žSarung poliuretena yang nipis, lembut dan sama panjang dengan kondom lelaki, hanya lebih lebar
sedikit.
-žDilapisi dengan pelincir silikon dan mempunyai satu gegulung yang fleksibel pada setiap penghujung.
-Satu gegulung terletak pada hujung tertutup kondom wanita untuk membantu kemasukan dan sebagai
pemegang dalaman.

KEBAIKAN
-žBebas dari risiko perubatan dan tidak perlu pemeriksaan perubatan dan pemasangan.
-žKurang mengganggu keadaan perasaan seks berbanding kondom lelaki kerana dimasukkan lebih awal sebelum perhubungan seks.
-žMelitupi kawasan yang luas pada genitalia lelaki dan wanita serta dapat memberi perlindungan berkesan dari jangkitan STD, terutamanya AIDS.
-žLebih sensitif dan selesa diguna untuk kepuasan lelaki.
-žBentuknya boleh berubah secara semulajadi melapisi bentuk asal vagina.
-žBahan yang digunakan untuk hasilkan kondom dapat menyalurkan haba badan dengan efektif.
-žTidak mudah bocor, tergelincir atau terkoyak semasa perhubungan seks.
-žBoleh digunakan dengan pelincir berasaskan berminyak tanpa mengalami kerosakan.
-žSenang digunakan.
-Boleh dikawal oleh wanita.

KEBURUKAN
-žMahal – harga untuk kondom wanita mungkin adalah 2 -12 kali ganda lebih daripada harga kondom lelaki.
-žMemerlukan motivasi yang tinggi.
-žKondom wanita yang telah digunakan mungkin mendatangkan masalah apabila hendak dibuang.
-žSetiap kondom wanita hanya boleh digunakan sekali sahaja.
-žUntuk memasukannya, wanita itu hendaklah berkeadaan selesa apabila menyentuh bahagian
genitalianya.
-žIa akan melitupi bahagian klitoris dan bahagian labia yang sensitif bagi wanita dan akan mengurangkan
keseronokan wanita semasa perhubungan seks.
-žSesetengah pelanggan mengadu ia kelihatan terlalu besar dan menyusahkan dan sebahagian kondom
wanita dapat dilihat semasa persetubuhan.
-žGeglulung dalaman akan menyebabkan rasa tidak selesa kepada sesetengah wanita.





hahaha sampai sini jak la....penat dah aku berfikir..
jadi kepada yang belum kawen..janagan salah gunakan ilmu ni.^^

5 comments:

Samidi said...

well done...^^

Eel said...

"memerlukan motivasi yang tinggi"

XD

apple said...

sam : haha tnx^^

apple said...

@ eel... : haha... that the truth^^

KISAH SUKSES said...

Ass Wr Wb, Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini RISWANTO AKIL seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU YOSHI yg dari singapur tentan Pesugihan Kyai. Dimas Kanjeng yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk menarik dana Hibah Melalui ritual/ghaib dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti dan mendapat hasil tarikan RM.347.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan mobil walaupun sy Cuma pekerja kilang di selangor malaysia , sy sangat berterimakasih banyak kepada Kyai. Dimas Kanjeng dan jika anda ingin seperti saya silahkan Telefon di 082312910909 Untuk yg di luar indon telefon di +6282312910909,Atau Kunjugi Website/Situs Padepokan Dimas Kanjeng KLIK DISINI
saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui Kyai. Dimas Kanjeng saya Bisa sukses. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKI,
KEAMPUHAN ZIKIR Kyai. Dimas Kanjeng
1.Penarikan Dana Hibah Melalui Bank Ghaib
2.Penarikan Uang Melalui Mustika
3.Ritual Angka Tembus Togel/Lotrey
4.Jimat Pelaris
5.Perintah Tuyul
Dan Masih Banyak Lagi, Kyai. Dimas Kanjeng Banyak Dikenal Oleh Kalangan Pejabat, Pengusaha Dan Artis Ternama Karna Beliau adalah guru spiritual terkenal di indonesia.
SYARAT SEBAGAI BERIKUT:
BERJANJI AKAN MEMBANTU SESAMA YANG MEMBUTUHKAN
BERJANJI TIDAK AKAN SOMBONG DAN SELALU RENDAH HATI
BERJANJI AKAN MEMULAI HIDUP YANG BARU BERJALAN KE JALAN YANG BENAR,
BERLUTUT DAN MEYEMBAH KEPADA ALLAH SWT.
"Allahumma inni a'udzubika minal hammi wal hazani wa a'udzubika minal 'ajzi wal kasali wa a'udzubika minal jubni wal bukhli wa a'udzubika min ghalabatiddaini wa qahrirrijali"

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari bingung dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari pengecut dan kikir. Dan aku berlindung kepada Engkau dari lilitan hutang dan kesewenang-wenangan." Kata Abu Umamah radhiyallahu 'anhu: "Setelah membaca do'a tersebut, Allah berkenan menghilangkan kebingunganku dan membari Petunjuk." (HR Abu Dawud 4/353)

PESUGIHAN TANMPA TUMBAL

PENARIKAN DANA HIBAH

PENARIKAN UANG MENGUNAKAN MUSTIKA