Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira'bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Muhammad S.A.W melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
*************************
so, memandangkan waktu solat terawih tuh kita baca doa qunut. ni saya nak share la bacaan doa qunut. siapa yang tak hafal, sila ambil pen dan salin.
Allah humah dini fiman hadait.
Wa’a fini fiman ‘afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a’tait.
Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alait.
Wainnahu layadziluman walait.
Walaa ya’izzuman ‘adait.
Tabaa rakta rabbana wata’alait.
Falakalhamdu ‘ala maaqadzait.
Astaghfiruka wa’atubu ilaik.
Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.
maksudnya :
Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan
Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau peliharakan
Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan
Dan selamatkan aku dari bahaya yang Engkau tentukan
Maka sesungguhnya Engkau yang menghukun dan bukannya yang kena hokum
Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi
Maha suci Engkau wahai tuhan kami dan Maha Tinggi
Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan
Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.
************************
sekian selamat bersahur
No comments:
Post a Comment