Saturday, August 6, 2011

resipi bubur lambuk

Assalammualaikum..

Hari ni PERPIS ( Persatuan Pelatih Islam ) mengadakan program Iftar Ramadhan. Best sangat. Kitaorang masak lah bubur lambuk ni. Ada resepi kat bawah tuh ^^

Bubur lambuk tuh kami agih2 dekat patient kat Maternity ward, GYnae Ward dan childrens ward. Best sangat time tuh ^^

After buka posa tuh, kami solat terawaih Jemaah. Best. Hati rasa tenang jeee.. ^^




Bahan-bahan ( satu periuk untuk 4-5 orang )

  • 1 cawan beras
  • 3 cawan air
  • 4-5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • 2-3 sudu besar rempah kurma
  • sedikit kulit kayu manis, buah pelaga & bunga lawang
  • 1 mangkuk daging/ atau lebih -ikut selera masing masing (dihiris nipis)
  • 1/2 cawan santan
  • minyak untuk menumis
  • daun ketumbar (hiasan)
  • bawang goreng (hiasan)
  • garam & gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, buah pelaga bunga lawang. Kemudia masukkan bawang, bawang putih & halia yang telah dia kisar bersama.
  2. Bila dah naik bau, masukkan rempah kurma. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air. Masak hingga naik minyak.
  3. Masukkan pula daging, beras & air. Biarkan bubur merenih sehingga daging dah beras masak.
  4. Bila bubur dah masak..masukkan santan, rasa garam gula, & masak lagi sehingga mendidih.
  5. Hiaskan dengan bawang goreng & daun ketumbar.


terima kasih^^

2 comments:

HAZWAN17 said...

wah boleh try buat ni...bubur lambuk memang sedap..selalu ambik dekat masjid je

apple said...

hihi silakan.. sedap bubur lambuk... nyam3