"KEEP YOUR
RELATIONSHIP PRIVATE WITHOUT KEEPING YOUR PARTNER A SECRET"
Halo2. Lama dah tak mebebel dalam blog neh. Agak bz dengan
kehidupan seharian. Ngee. So malam neh saya cuma nak mebebel pasal neh. Faham
tak apa dia maksudkan d atas tuh?
" BIARLAH HUBUNGAN KITA ADALAH RAHSIA TANPA MERAHSIAKAN SIAPA
PASANGAN KITA"
Ini kut maksud benda neh kan. Ngee saya pun tak berapa faham. Haha.
Hmm when I see people now days, they often tell to public how
their relationship are. Sebenarnya xda salah pun if people know who your
partner is, who your been dated. But the problem here, when everything happen
in their relationship they want to share to all. LOL nobody care. Kalau nak
gaduh dengan boyfie/gf , husband/wife. Xpayah la canang dalam facebook atau
twitter. Nak bagitau satu dunia macamna teruknya c pasangan dia neh? Tapi dia
tak sedar pun sebenarnya tuh dah menunjukkan kebodohan sendiri. Nampak sangat
aibnya. Walaumacam mana marah pun kita dengan partner kita, biarlah hal itu
kita selesaikan antara you and your partner. Haha sebenarnya saya stress sangat
tgk drama2 dekat FB. Kalau setakat bf/gf memang tak hairan la. Myampah ada la. Tapi
bila dah berstatus suami/isteri orang, tak payahlah sampai keburukan pasangan
kita nak bagitau satu dunia. C suami pula janganlah mengutuk isteri d FB,
walaubagaimana buruk atau banyak kekurangan c isteri terimalah seadanya. Janganlah
memburuk-burukkan dia. Xda siapa pun yang sempurna. Hidup berkeluarga neh untuk
saling melengkapi satu sama yang lain. Your partner completed you. Apa yang
kita kurang, kelebihan itu ada dengan partner kita. Jangan cari yang sempurna. Carilah
yang menyempurnakan hidup kita. Kita juga harus terima segala kelebihan dan
kekurangan diri masing-masing. Kita juga seharusnya menegur pasangan jika ada
sesuatu yang kurang menyenangkan. Tapi biarkan teguran yang membina bukan
membinasakan suatu rumahtangga itu. Kehidupan berpasangan neh, memang tak
dinafikan banyak cabarannya. Siapa yang dah berumahtangga memang akan tau apa
yng kita kena hadapi.
Bagi c perempuan, dia adalah hak suami. Tanggungjawab menjaga
telah diserahkan oleh ayah kepada suami. Walau terpaksa berjauhan dengan
keluarga dan kawan-kawan kita kena anggap ini satu cabaran. Terimalah. Eh dah
melalut pula sampai cerita-cerita rumahtangga neh. Lain nak cerita lain benda
tercerita, ngee.
Okay berbalik pada tajuk asal. Kalau dah ada partner tuh, xpayah
la nak rahsia. Biarlah org tau yang ' dia bersama saya' ngee. Tapi apa yang
jadi dalam hubungan tuh, macamna kita manage hubungan tuh. Biarlah rahsia. Saya
bila nampak drama-drama dalam FB neh. Secara automatiknya akan skodeng kedua
belah pihak.ini menyebabkan saya menghabiskan masa saya selama 15 minit untuk
melayan drama. Such waste of time. Haha. Masa tidur terlewat selama beberapa
minit sebab stalking. Err.
Tuhlah. Lain kali
jangan menyibuk hal orang. Haaha. Nanti orang akan menyibuk hal kita pula. Haa.
Bila otak dah waras sikit, mula la tuh malu dengan apa yg dia post d FB. Tapi dah
terlambat dik. Ramai dah yg mengikuti drama korang. Sedangkan Erra Fazira pun
cakap 'jangan tanya lagi'. Eh makin lama makin menjadi sesi mengarut saya neh. Okay
lah. Off"
SELAMAT MALAM SEMUA.. ^^
No comments:
Post a Comment