Tuesday, March 18, 2014

Menunggu

Aku tunggu
Dan terus menunggu
Sesuatu yang tak kunjung tiba

Aku tunggu lagi
Masih bersabar
Hati resah jantung berdegup kencang

Dimanakah?
Bilakah ia akan tiba?

Semakin lama menunggu
Hati semakin tak keruan
Aku tertanya
Adakah ia akan menjadi milikku

Aku tetap setia menanti
Nasi lemak ayam ku
Aku beli dekat RNR bayangan

Tuesday, March 11, 2014

kerepek #1

Photobucket
Okeh memandangkan belog neh memang takda siapa yang akan baca. So aku rasa aku nak mengarut macammacam dalam belog neh. Well takda siapa yang akan pedulikan. Ngee. Tapi kalaulah korang terbaca belog neh. Memang dah nasib la membuang masa beberapa minit membaca segala kerepek merepek aku dalam belog neh. Huu! Sekarang neh ramai bebenor orang tengah bengong pasal alkisah #MH370. Aku bukannya taknak ambil tau. Aku caring kut dengan nasib yang menimpa mangsa. Setiap update aku baca. Cuma aku xdalah mencanang benda neh dalam alam maya. Share2 mana yg patut la kut. ~.~ Yang aku tak puashati neh, ramai pula pihak yang kurang elok otaknya buat macammacam spekulasi songsang. Huh. Aku dah tak tau la nak fikir apa. Tak tau mana yang betul mana yang salah neh. Cerita baru pulak, pasal pakcik bomoh tuh. Aduhai dunia neh semakin mengarut. Eh aku bukannya nak cakap pasal neh. Aku cuma nak membebel sebab membebel dalam alam maya neh. Dapat relief sedkit tekanan dalam hati. Memang dah lumrah manusia nak merepek dalam alam maya neh. 

Boleh pula disaster macamni diPolitikkan? Kalaulah engkau ( ahli politik ) berada ditempat mangsa atau keluarga si mangsa. Mampukah lagi engkau mempolitikkan hal neh? Aku sebenarnya bengang dengan para pemimpin * mata ke atas tangan ke bahu * kita dekat malaysia neh. Aku naik malu nak jadi rakyat malaysia. Tapi kita kena terima. Aku dah ditakdirkan menjadi rakyat malaysia. Opss yang baca jangan lapor dekat polis pula. Aku kesian sebenarnya dekat rakyat kita yang terlalu selesa dengan keadaan negara kita neh. Bila difikirfikir, aku rasa tertipu. Sedangkan negara menipu kita ( rakyatnya yg setia ) apatah lagi negara asing.

*pause kejap p makan.

* okeh sambung.

Mana dah aku punya tahap merepek neh? Err. Hilang tumpuan sebab perut kenyang. Ngek!

Aku cuma nak cakap dalam belog neh. Dan bertanya, kenapa manusia boleh menjadi sebegini bodoh. Bukannya aku neh berilmu sangat. Tapi rasional fikiran hilang bila benda yang tak tercapai akan terjadi. Alahai sedihnya aku mengenang orangorang yang sedemikian rupa. Ngek. 

Satu kesimpulan yang aku dapat. Manusia dah jarang berdoa. Bila dah jadi disaster macam ni. Baru manusia berdoa. Allah nak dengar rintihan dan doa kita sebagai neh manusia, sebagai hambanya. Bukan saja nak biar benda neh jadi tanpa sebab, semua yang terjadi dalam dunia neh ada hikmahnya. Kita manusia lemah hanya mampu berdoa dan yakin kepada Qada dan Qadar Allah. Doa lah. InshaAallah segalanya akan dipermudahkan. Amin.

Okeh. Kawan aku suh tgk ceta *Amukan Azazil. Best x best layan la. Tapi bila tau pelakon dia tuh c budak sharnaz. Macam nafsu nak tgk ceta neh hilang tibatiba. Aku kurang berminat dengan budak sharnaz tuh. LOL. 

Cukuplah kerepek merepek malam neh. Kbai!

Monday, March 10, 2014

kepayahan

kepayahan
kesusahan
kepedihan

setiap perjuangan tak lari dari semua ini
rasa sakit dalam perjuangan

sabar
ikhlas 
tekad

inilah yang akan menyebabkan kita akan terus bertahan

perjuangan yang diakhiri

dgn kemanisan
dgn kemenangan
dgn kebahagiaan

Sunday, March 9, 2014

Malu

Malunya aku
Semakin banyak membaca
Semakin banyak kita tak tahu
Semakin kita mengambil tahu
Semakin menjadi perasaan tak pasti ini

Malunya aku
Ilmu sedikit ni disangka dah cukup
Walhal dalam kehidupan kita sentiasa belajar

Malunya aku
Kerdilnya aku
Kerana kurangnya ilmu

Malunya aku didunia
Bukan kerana kurang harta
Bukan kerana kurang rupa
Bukan kerana tak punya kuasa

Malunya aku
kerana kurang ilmu

#MH370

Satu malaysia tau cerita ni
Semua orang sedang berdoa
Semua orang sedang bersedih

Aku?
Sampai satu tahap tak tau apa perasaan ini
Aku tak punya perasaan?
Atau
Aku dah terbiasa hidup dalam kesakitan dan kesedihan

Saat ini
Media sosial sibuk membicarakan kisah mereka
Aku mendalami apa perasaan mereka
Secara tiba2 air mata mengalir

Walau mereka tak ku kenali
Aku faham apa itu kehilangan
Ku cuba menghilangkan segala rasa
Namun air mata tetap mengalir

Di sudut hati cuma mampu mendoakan
Agar mereka selamat 
Segala yang terjadi adalah ketentuan Allah

Semoga keluarga mereka tabah menghadapi segala ujian
Ujian kehilangan yang pedih
Tapi ingatlah, 
Allah tidak akan mengambil sesuatu dari kita tanpa menggantikan dengan sesuatu

Aku cuma mampu berdoa. 

Wednesday, February 26, 2014

chemical element of a girl

Photobucket


kbai

That Girl


Photobucket
LOL.

That girl
She always had a smile on her face
She hid her tear behind her cheerful personality
She is very talkative person
Sometimes you would be annoyed by her
But it doesn't matter
As long as people sees her as a happy girl

But on the inside
She is sad
She is crying
She was hurt
She actually has a sensitive heart

She might be look strong  
But in the inside she has a very fragile heart
Easily hurt by word

Hard to cry
Because she don't want anybody sees her weak side
But she cried everyday
Accompanied by her little lion

When she said 'please talk to me'
Even though she don't say a word
She just wants somebody to be by her side

When she is alone
She cried
She always said she don't like to be alone
Because she don't like to cry

Every moods, every laugh
Nobody know what happen in the past
She is now a grown up woman
She grown to take all the pain

It is really hurt until she finally can said
"I'm used to it"
Be strong little heart