Sunday, March 9, 2014

Malu

Malunya aku
Semakin banyak membaca
Semakin banyak kita tak tahu
Semakin kita mengambil tahu
Semakin menjadi perasaan tak pasti ini

Malunya aku
Ilmu sedikit ni disangka dah cukup
Walhal dalam kehidupan kita sentiasa belajar

Malunya aku
Kerdilnya aku
Kerana kurangnya ilmu

Malunya aku didunia
Bukan kerana kurang harta
Bukan kerana kurang rupa
Bukan kerana tak punya kuasa

Malunya aku
kerana kurang ilmu

No comments: