Wahai adam,
Tahukah kamu apa yang ada hati diri seorang wanita?
Apakah sebenarnya yang kamu mahu dari wanita?
Cinta?
Kasih sayang?
Atau hanya sebagai tempat persinggahan?
Dan tempat untuk memuaskan nafsu binatang mu?
Wahai adam,
Ketahuilah bahawa hati wanita ini amat lembut,
Mudah tersentuh oleh kata-kata
Oleh lafaz cinta palsu mu.
Wahai adam,
Susahkah untuk kamu setia pada hati seorang wanita,
Payahkah untuk kamu cintai seorang wanita,
Wahai adam,
Wanita hanya mahu cinta dan kasih sayang,
Bukan harta atau benda yang diinginkan
Hanya sedikit perhatian
Janganlah beri rindu
Walau rindu itu indah namun menyakitkan
Aku~seorang hawa…
No comments:
Post a Comment