Wahh. I don’t always
watch Hindustan movie, but this one really make me cry a lot. Bajrangi-Bhaijaan
is really a great movie! Nangis2 sampai mata bengkak. Nasib baik esok cuti. Haha.
Walaupun hampir 3jam punya movie, tapi dia punya penangan memang perghhhh. Haha.
Sampai sekarang masih emosi. Kalaulah filem-filem Malaysia setanding cerita Hindustan
kan bagus. Ini asyik “Suamiku Ustaz, Mr. Arrogant, Suamiku Encik Sotong,
Suamiku Kucing, Suamiku Kambing pelbagai lagi jenis suami dan terbaru Cinta Si
Wedding Planner. Haha cerita begini semua lagho semata-mata. Buat budak-budak
berangan-angan bercinta suwit-suwit gitu. Haha apa la saya ni merepek sudah. Saya
bagi rate cerita ni 8.8/10.
Sekian dan
terima kasih..
Friday, January 15, 2016
Monday, January 4, 2016
2016
Post pertama tahun baru. Mestikah setiap
tahun baru ada azam baru. Tiap tahun saya Cuma akan renew azam. Cuma mau kurus sikit dan berusaha berjimat
cermat. Itu sahaja untuk tahun ini.
Dan mungkin tidak keterlaluan kalau saya
berhajat untuk ada baby tahun ini.
Semoga segala dipermudahkan ya Allah. Huhu. Semoga
tahun ini dikurniakan rezeki daripada Allah. insyaAllah. Semoga lebih beriman
dan lebih berilmu dan lebih sabar dengan dugaan dunia.
Tahun 2016 memang sangat mencabar
tertamanya rakyat malaysia, tidak lain tidak bukan pasal keadaan ekonomi
sekarang. Malas cakap panjang pasal ni. Rakyat yang berilmu dan berakal tentu
faham pasal keadaan negara . haha. buat apa la saya nak menyibuk hal negara,
saya suma sekecil zarah jika dibandingkan dengan c Datin Ros.
Dah berumur 26 tahun ni. Im not gonna
lie about my age. Dunia bilang pergi akhirat kata mari. Ajal maut ditangan
tuhan. Terdetik rasa takut bila ingat pasal kematian, sudah bersediakah saya? Sudah
cukupkah amalan? Bila ingat pasal cerita kematian, bergegar seluruh badan. Ya allah ampunikah
aku hambamu yang penuh khilaf.
Bebanan kerja makin berat, bebanan
tanggungjawab semakin payah dan hampir tak tertanggung. Semoga diriku kuat dan
tabah ya allah. Teringat masa belasan
tahun, segalanya ringan. Bila melihat yang lain masih bersuka-ria sebenarnya dalam
hati, teringin tapi tanggungjawab mengawal semuanya.Semoga kuat ya Allah.
Setengah jam lagi jam10. Masa untuk
tidur dan rehatkan fizikal dan rohani. Good night kind world.
Subscribe to:
Posts (Atom)