assalammualaikum..
Thursday, August 18, 2011
siapa pemilik suara iklan "yusuf taiyoob"
assalammualaikum..
Wednesday, August 17, 2011
baju ayah kegilaan ramai
Tuesday, August 16, 2011
kejutan di hari anti kutu sampah
diet ketika sahur ( doa qunut )
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira'bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Muhammad S.A.W melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
*************************
so, memandangkan waktu solat terawih tuh kita baca doa qunut. ni saya nak share la bacaan doa qunut. siapa yang tak hafal, sila ambil pen dan salin.
Allah humah dini fiman hadait.
Wa’a fini fiman ‘afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a’tait.
Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alait.
Wainnahu layadziluman walait.
Walaa ya’izzuman ‘adait.
Tabaa rakta rabbana wata’alait.
Falakalhamdu ‘ala maaqadzait.
Astaghfiruka wa’atubu ilaik.
Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.
maksudnya :
Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan
Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau peliharakan
Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan
Dan selamatkan aku dari bahaya yang Engkau tentukan
Maka sesungguhnya Engkau yang menghukun dan bukannya yang kena hokum
Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin
Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi
Maha suci Engkau wahai tuhan kami dan Maha Tinggi
Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan
Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.
************************
sekian selamat bersahur
uji jika anda ada rabun jauh
syair kentut
tips kecik kan perut anda (:
tips nak cari isteri yang sesuai
Nak SIHAT = Cari isteri doktor
sebab kucing bercerai
Kucing Jantan : aku rasa setakat ni je la hubungan kita, aku mahu putus.
Kucing Betina : yela nak putus, tapi kenapa? apa salah aku? aku x curang pun..
Kucing Jantan ; bukan sebab itu.....
Kucing betina ; so? apa sebabnya??
Kucing Jantan ; sebab kau tipu aku. kau bukan kucing betina.
Kucing Betina : napa kau cakap macam tuh?
Kucing Jantan : sebab perempuan mana ada misai....(misai kucing)
Kucing Betina : ......blurrrrrrrrrr hampeehh dapat pakwe macam kau ni.
contoh menantu yang baik.
Lalu dia memutuskan untuk menguji mereka secara perseorangan. Suatu hari dia mengajak menantu yang pertama naik perahu bermotor ke tengah laut.
Di sana, dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu ke dalam laut. Si menantu, tanpa berfikir panjang terus terjun menyelamatkan ibu mentuanya.
Esoknya ketika keluar rumah, si menantu pertama melihat kereta Nissan Grand Livina diletakkan di hadapan rumah dan sehelai kertas bertulis : "Dari ibu mentuamu".
Giliran menantu kedua pula diajak ke tengah laut. Sekali lagi si mentua berpura-pura terjatuh dari perahu. Menantu kedua terus terjun menyelamatkan mentua tercinta.
Kini giliran menantu ketiga (agak cerdik orangnya dan selalu mengambil tindakan lain dari orang lain) diajak ke tengah laut. Si mentua kembali mengambil tindakan terjun ke laut. Tetapi malang, kali ini si menantu bercekak pinggang memandang ibu mentuanya yang tercungap-cungap di dalam air.
Dia berkata, "Rasakan!!!", sambil memusingkan perahunya ke daratan.
Esoknya ketika menantu ketiga itu bangun, di hadapan rumahnya kelihatan Mercedes S-Class terbaru bersama sekeping nota tertulis : "Daripada ayah mentuamu"...
surat suami isteri
baca dengan nada anda menbaca surat..be happy!!
memula skali ayang anto kat abang?
Dear abang,
Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?
Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?
Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah
Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..
Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance...ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..
Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.
Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak
Paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??
Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR
Love, ayang
******************************
ni abang lak bagi....
Dear Ayang,
Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..
Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..
Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah... tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..
Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak..
sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..
Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..
Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan ..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital. abang kene tanduk xpe..
Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang ketawa...hahahhahahahahha
ape-ape pun sayangi lah ape yg anda sayang......
from: "acikame_ley@yahoo.com"
MazleyManap Perlop
Meng’rejek pak ustat
Assalammualaikum..
Tiba-tiba hari ni rasa mau cerita sesuatu yang selama ini buat diriku merasa tertekan. Ceritanya bila diriku dilamar oleh pak ustat. Jangan salah sangka. Pak ustat ni masih muda. Seumur diriku. Dalam usia 20-an dan masih bujang. Kami ni kawan saja. Tapi tanpa angin dan ribut beliau telah menyatakan bahawa ingin memperisterikan diri ku. And I’m like “WTH? Dia ni mimpi ka apa? Temo..temoo..!!”
Ceritanya bermula macam ni……..
Suatu petang yang bosan. Tiba-tiba diriku menerima SMS dari tuutt…
SMS tuh berbunyi macam ni la..
“ sudikah kamu menjadi permaisuri hidup ku?”
Diriku tidaklah terkejut sangat sebab ramai kawan-kawan ku yang suka bergurau macam tuh. Seperti biasa aku akan menjawab secara ringkas dan padat.
“ TIDAK “
Bermulalah satu perbualan yang agak bosan.
Pak ustat : kenapa?
Aku : xda pa2. Knapa juga ko mau kawin sa? Haha..
Bla..bla.. bla..
Aku menolak dia..
Keesokkan harinya.
Pak ustat : salam ayang buat apa?
What the hell? Siapa ayang dia? Wekk.. mau muntah..
Aku ; xda diam2 jak.
Pak ustat : ayang jaga diri ea. Jaga syariat. Jangan terlalu bergaul dengan kawan2 lelaki ayang d sana.
Again! What the hell is he talking about.? Damn ngeri! Sakit perut . wekk. Muntah*
Aku : owh. Bah.
Pak ustat : abg mau klu kita dah kwen, rumahtangga kita adalah rumah yang membesarkan Allah.
Fulamakk ! ayat. Sejak bila pak ustat ni jadi abg aku? Hairan*
Aku : owh. ( malas uda mau layan )
Pak ustat : napa ayang ni? Macam tidak suka jak?
**** > malas dah mau reply msj. Pedulikan dia.
Selang beberapa hari kemudian.
Pak ustat : ayang buat apa tuh?
Aku : xda.online jak.
Pak ustat : kalau abg minta , ayang bg ka?
Aku : minta apa?
Pak ustat : send gambar. Lama tak Nampak. Rindu pulak.
Haish! What the hell orang ni minta gambar aku?
Aku : tak boleh. Xda gambar sa dalam hp. ( aku bagi alasan)
Pak ustat : alaa ayang capture la dulu.
Amboi.. memaksa pulak ni orang.
****> malas mau balas. Bikin muntah . geli.
Ring. Ring. Ring
Hp berbunyi. “pak ustat koling “
Sambut ka tidak? Ah sambut jak la.
“emm napa?”
“assalammualaikum “
Alamak malu. Haha
“walaikumsalam. Kenapa?”
“marah ka?”
“ em tidak la.”
Bla..bla..bla…
“okay tuh jak la. Assalammulaikum. “ dia mengakhiri perbualan.
Tiba-tiba datang MMS dari dia. Aku buka MMS tuh. Dan gambar dia muncul.
****> Ah. malas mau balas.
Datang lagi SMS.
Pak ustat : dapat gambar tadi. ?
Aku : dpt.
Pak ustat : ayang lagi hantar.
Aku : TIDAK BOLEH.
Pak ustat : kenapa?
Aku : mana boleh suka2 bagi gambar.
Pak ustat : ala..kenapa? bagi sebab.( dia cakap bahasa arab. Nasib aku faham. Hihi )
Aku : kan nak jaga syariat.
Pak ustat : emm xpa la. Tunggu kawen la.
Aku : kan ramai lagi pmpn yang lagi baik dari saya.
Pak ustat : abg tak suka la ayg ckap mcm tuh.
Bla..bla..bla..
AKU MENOLAK SEKALI LAGI.
Dia pernah msj yg berbunyi macam ni.
“salam gadie, sa tau ko tia suka sa panggil ko macam tuh. Sorry la k”
Alhamdullilah. Dia sudah berputus asa. *happy
Latest conversation was this morning. Waktu subuh tadi.
Pak ustat : dah solat subuh?
Aku : dah tadi.
Pak ustat : nanti kita solat sama2 ea.
Aku : insyaAllah.
Pak ustat : tq. Kita baiki diri sama2 ea. Huhu
Aku :yeah. insyaAllah.
Pak ustat : hehe. Thanks kita saling kuat menguatkan antara kita ea. Saling berkasih sayang.
Adoyai. Dia start uda.
Aku : ksh syg antra shbat.
Pak ustat : ea. Hingga terjalin ikatan yang lebih rapat ea. Kerana tuhan.
Aku : insyaAllah. Klu itu takdir apa buli buat.
Pak ustat : apa ayat ko ni. Mcm enda mau ja.
Aku : haha. Belum masanya lagi bah.
Pak ustat : hehe. Ea.tq. maaflah kio cakap ko macam ni. Tapi Cuma saya meluahkan apa yang ada dalam hati. Haha
Aku : oo. Xpa. Tapi janganlah berharap sangat dengan saya kio.
Pak ustat : enda juga bah. Cuma jangan lah ko lupa dengan saya kio.
**** > bikin bosan dia ni. malas uda mau balas.
Lepas 3SMS dia aku malas nak reply, aku pun balas satu.
“sa ada kelas ni.”
Bla..bla..bla.. perbualan yang sama.
Aku : maaflah. Saya belum terfikir mau ada hubungan dengan siapa-siapa pun sekarang.
Pak ustat : saya suka itu!
Aik? Hairan . apa pulak dia suka ni?
Aku : apa yg ko suka.?
Pak ustat : watak macam tuh la yang ada pendirian. N orang dia sekali. Mungkin sya kena ambil masa yang agak lama juga kan?
Ya Allah. Pak ustat ni tidak tau ka erti putus asa dan saya tidak mau dia??
Aku : emm. Mungkin jga.
Pak ustat : jadi saya ada peluanglah ni kan?
****> malas mau balas dah msj dia. tia pandai faham bahasa melayu betul. mentang-mentanglah saya tia pandai cakap arab.
Okay!!!
SAYA TEKAD. LEPAS NI SAYA TIDAK AKAN BALAS SMS DIA LAGI. NOKTAH !!
Pak ustat tuh sangat menakutkan.
Saya agak tertekan dengan sikapnya yang tak faham bahasa. Kadang-kadang ayat dia seolah-olah saya ni kompen beh jadi hak milik dia. Tia mau..
Sekian .
Saya harap akan jumpa jalan penyelesaian untuk melarikan diri dari dia. Aminn.