Sunday, February 27, 2011
:: lagu dan aku ::
tanda dia sudah jatuh cinta dengan kita..
2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’
16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu. ( romantiknya .. tak perlu ayat2 cinta_)
18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya. ( emm saya masih simpan KAD CINTA yang diberi oleh my MOSTBESTFRIENDEVER-AJ)
22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu. ( i wait 4 you tau )
23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
Saturday, February 26, 2011
:: sindrom ikan duyung ::
:: fakta benar tentang wanita ::
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
Friday, February 25, 2011
:: fakta2 ajaib masa kini::
Thursday, February 24, 2011
:: aku cinta aku rindu ::
:: sangat emo ::
Monday, February 21, 2011
:: perancang keluarga 18sx::
assalammualaikum wbt....
Perancang keluarga;
(Bailliere’s Midwives’ Dictionary, 1992)
kenapa merancang keluarga ini penting??
Definisi:
žWaktu subur ialah ketika ovulasi berlaku.
Kaedah ini boleh dipilih mengikut kesesuaian dan keperluan sendiri.
žFasa subur ditentukan dengan memerhati dan mencatatkan tanda-tanda serta gejala-gejala fisiologi semulajadi badan yang menunjukkan ovulasi berlaku.
žPersetubuhan mesti di elakkan dalam tempoh ini.
žOvulasi - pelepasan ovum - tempoh subur - berlaku antara 12 hingga 14 hari sebelum kitaran haid seterusnya.
Kaedah perancang keluarga semulajadi
terdiri daripada;
1 Kaedah masa selamat
1 Kaedah suhu badan
ž 1Kaedah mukus servik
ž 1Kaedah kombinasi
Kaedah masa selamat
ž Menghindari hubungan seks semasa waktu subur.
Kaedah suhu badan
ž Masa subur dan tidak subur dapat dijangka dengan memerhatikan perubahan suhu badan.
Kaedah mukus servik
ž Masa subur dan tidak subur dikenalpasti dengan perubahan mukus servik.
Kaedah kombinasi
ž Menggunakan semua kaedah di atas untuk meningkatkan ketepatan jangkaan masa ovulasi.
Kaedah masa selamat
Di kenali juga sebagai kaedah kalendar.
Tindakan:
ž Mencegah kehamilan dengan menghindari hubungan seks semasa waktu subur melalui pengiraan kitaran haid.
Cara penggunaan:
ž 1Rekod kitaran haid selama 6 bulan.
ž 1Untuk dapatkan kitaran haid yang panjang dan pendek.
ž 1Hari pertama haid – hari pertama kitaran.
ž 1Hari terakhir kitaran – sehari sebelum haid yang berikut.
Kaedah suhu badan
Tindakan
ž Cegah hamil dan hindari hubungan seks dari hari pertama haid hingga suhu badan meningkat 0.2 hingga 0.4°C, dan 3 hari selepasnya.
ž 1Peningkatan suhu dari aras rendah ke tinggi adalah petanda ovulasi berlaku.
ž 1Jangkahayat ovum adalah selama 3 hari.
ž 1Ambil suhu badan sebaik terjaga dari tidur setiap pagi dengan menggunakan termometer.
ž 1Termometer diletakkan dibawah lidah selama 5 minit.
ž 1Catat dan cantumkan bacaan suhu badan di atas graf dalam tempoh sebulan.
ž 1Hubungan seks adalah selamat selepas kenaikan suhu badan dikesan 3 hari berturut-turut.
Kaedah mucus servix
Tindakan:
ž Kenalpasti perubahan pada mukus serviks.
ž Perubahan mukus serviks adalah hasil daripada keluaran hormon estrogen.
Masa subur:
Sewaktu mukus yang keluar berkeadaan jernih dan melekit seperti putih telur mentah.
Petanda ovulasi akan bermula:
Apabila mukus serviks yang keluar bertambah banyak, berwarna seperti putih telur mentah dan boleh diregang dengan dua jari tanpa putus.
Mukus serviks berkurangan, melekit dan berwarna keputihan.
Hubungan seks adalah selamat selepas mukus serviks menjadi pekat dan keputihan.
ni adalah antara kaedah yang biasa digunakan..
ada lagi 1kaedah, iaitu kaedah AZAL.
AZAL ni ialah mengeluarkan penis sebelum ejakulasi. dan melepaskan sperma diluar vagina.
kelebihan
-mudah
-tidak perlu pengawasan doctor
-tiada kesan sampingan
kekurangan
-tiada kepuasan
kadar kegagalan tinggi- dimana kurang kerjasama dan tidak sempat mengeluarlan penis.
terapi hormon dan terapi implan subdermal saya tak jelaskan disini kerana masa yang tidak mencukupi.
saya akan terangkan dilain hari..
ini adalah satu kaedah yang mana sering digunakan oleh ramai orang iaitu kaedah HALANGAN..
apa itu??
-žKaedah halangan atau barrier adalah kaedah perancang keluarga yang menghalang sperma memasuki faraj
atau os secara mekanikal, kimia atau kedua-duanya sekali.
-žContoh kaedah mekanikal adalah kondom lelaki dan wanita, diafragma dan kap servik.
-žContoh kaedah kimia adalah seperti spermisid dan span vagina.
PRINSIP ASAS
-žKaedah ini menghalang pertemuan sperma dan ovum.
-žKaedah mekanikal bertindak seperti dinding menghalang sperma memasuki faraj atau os.
-žKaedah spermisid bertindak dengan melemahkan atau membunuh sperma.
ALAT YANG BIASA DIGUNAKAN DALAM KAEDAH INI IALAH:-
DIAFRAGMA
žDefinisi:
KONDOM LELAKI
DEFINISI :
+žSejenis sarung apabila dibuka gulungannya, ia akan membungkus penis yang tegang sebelum melakukan perhubungan seks.
Mekanisma tindakan
+žBertindak sebagai penghalang dan menakung air mani yang dikeluarkan semasa persetubuhan.
+žIa tidak membenarkan air mani memasuki vagina dan mengelakkan ovum dan sperma bertemu.
KEBAIKAN
-murah dan sennag didapati
-bebas daripada risiko perubatan dan pemeriksaan adalah tidak diperlukan
-melibatkakn tanggungjawab lelaki
-membentu mengelakkan dan mengurangkan risiko penularan penyakit STD termasuk hepB, HIV dan lain2.
-efektif serta merta
KEBURUKAN
-memerlukan motivasi tinggi
-mungkin menggangu perhubungan seks
-penis mesti ditarik balim dari vagina selepas ejakulasi dan kondom mesti ditanggalkan semasa ia masih tegang.
-masalah mungkin timbul untuk membuang kondom yang telah digunakan
-kondom baru mesti digunakan pada setiap kali perhubungan seks.
-kaedah kondom tidak akan berjaya sekiranya ia terkoyak atau pelanggan tidak menggunakannya setiap kali mengadakan perhubungan seks.
TEKNIK PENGGUNAAN KONDOM LELAKI DENGAN BETUL
Definisi